• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Cip Apple A16 hanya ‘facelift’ daripada Apple A15, guna proses yang sama dengan Apple A14

  • OLEH Najib
  • 7:03 pm
  • 30/05/2022
  • Komen
Apple jemput pengguna iPhone 13 Pro pamer kehandalan fotografi makro
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, ada penganalis melaporkan bahawa Apple akan menggunakan cip lama pada sebahagian model Apple 14 akan datang. Laporan ini dikukuhkan lagi dengan berita terbaru berkain TSMC, syarikat penghasil cip terkemuka di dunia dan turut menghasilkan cip untuk Apple.

Ming-Chi Kuo, penganalisa pasaran Apple kini menyatakan bahawa proses silikon TSMC akan kekal menggunakan 5nm sehingga tahun 2023. Ini kerana proses 3nm dan 4nm masih belum sedia digunakan secara meluas oleh TSMC sehingga tahun hadapan.



(1/4)
According to TSMC's public announcements & the roadmap (source: https://t.co/EgzC8D1Wys):
1. Significantly better N3 & N4P won't start mass production until 2023.
2. N5P & N4 are the latest technologies Apple can use for 2H22 products.
3. N4 has no advantages vs. N5P. https://t.co/k3OCX5EqjJ pic.twitter.com/kmzQEyxRkN

— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) May 29, 2022

Perkara ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan Apple, kerana TSMC adalah penghasil cip untuk telefon pintar Apple iPhone. Sebelum ini, cip Apple A14 dan Apple A15 telah dihasilkan oleh TSMC menggunakan proses 5nm. Jika cip Apple A16 masih menggunakan proses 5nm, naik taraf yang boleh dimasukkan padanya adalah terhad. Antara khabar angin tentang naik taraf itu adalah sokongan RAM LPDDR5 serta pemproses grafik baharu.

Kebiasaannya, penggunan proses silikon yang lebih kecil memberi impak tinggi kepada prestasi dan kecekapan penggunaan tenaga. Pendek kata, prestasi lebih tinggi boleh dicapai dengan menggunakan tenaga yang sama atau kurang. Ia juga kurang melepaskan haba dan menjadikan peranti kurang panas.



Pada cip A15 yang lepas, ia menerima sekitar 10% naik taraf pada prestasi dan kecekapan tenaga berbanding cip A14 menggunakan proses 5nm. Tetapi sukar untuk mengatakan kenaikan yang serupa boleh dicapai pada A16 jika masih kekal dengan 5nm.

Selain itu, laporan terbaru ini turut mengukuhkan kenyataan Kuo sendiri sebelum ini iaitu hanya dua model akan datang iaitu iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max akan dilengkapi cip terbaru A16. Dua lagi model iaitu iPhone 14 dan iPhone 14 Max akan kekal dengan cip lama A15. Apple dilihat mengambil langkah ini kerana naik taraf yang tidak jauh berbeza antara cip dan penjimatan kos.

Sama juga di cip Apple M2

Perkara yang sama turut Kuo laporkan akan diguna Apple dalam model MacBook Air akan datang. Disebabkan masih menggunakan proses cip yang sama, MacBook Air yang akan dilancar tahun ini akan kekal dengan cip Apple M1. Cip baru Apple M2 akan dilancarkan tahun hadapan menggunakan proses baru.

Tetapi ini tidak menghalang Apple untuk menggunakan nama Apple M2 dalam cip baru tahun ini, walaupun hanya ada sedikit naik taraf padanya. Semata-mata untuk menarik minat pembeli.

Di pihak TSMC, mereka mungkin tidak dapat meneruskan naik taraf pengeluaran akibat kesan kekurangan cip yang masih memberi kesan sehingga kini. Ia bukanlah akibat kekangan teknologi atau inovasi.

[Sumber: 9to5mac]

Bacaan Berkaitan

  • Apple dilapor akan pecah tradisi, ada iPhone 14 yang akan guna semula cip iPhone 13
  • Apple jimat lebih RM27 billion selepas keluarkan aksesori dari kotak, tapi harga telefon tak diturunkan
  • Cip Apple M2 dispekulasikan muncul dalam iPad Pro (2022)
  • Siri iPhone 14 dikhabarkan hadir dengan 2 lubang di dahi
Tags: appleApple A15Apple A16iphone 14tsmc
Najib

Najib

POPULAR

Apple jemput pengguna iPhone 13 Pro pamer kehandalan fotografi makro

Cip Apple A16 hanya ‘facelift’ daripada Apple A15, guna proses yang sama dengan Apple A14

30 May 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER