• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Motorola lancar Moto G82 5G dan umum jualan pertengahan tahun

  • OLEH Najib
  • 4:00 pm
  • 14/06/2022
  • Komen
Motorola lancar Moto G82 5G dan umum jualan pertengahan tahun
Share on FacebookShare on Twitter

Motorola Malaysia baru sahaja melancarkan peranti kelas pertengahan, Moto G82 5G. Kini mereka menawarkan pula promosi untuk pelbagai telefon pintar sempena ketibaan pertengahan tahun 2022.

Jualan pertengahan tahun Motorola ini akan diadakan dari 15 Jun sehingga 30 Jun 2022. Ia akan diadakan di Stor Online Motorola di Lazada dan Shopee. Dalam jualan ini, sebanyak 6 model akan menerima potongan harga iaitu:



  • Moto G51 5G – RM899 RM809 (diskaun RM90)
  • Moto G82 5G – RM1,199 RM1,139 (diskaun RM60)
  • Moto Edge 30 Pro – RM2,699 RM2,564 (diskaun RM135)
  • Moto Edge 30 – RM1,599 RM1,519 (diskaun RM80)
  • Moto Edge 20 Pro – RM2,499 RM2,374 (diskaun RM135)
  • Moto E40 – RM599 RM569 (diskaun RM30)

Spesifikasi Moto G82

Dengan harga di bawah RM1,200, Moto G82 5G bersaing dalam kategori yang sama dengan siri Redmi Note 11 dan siri Realme 9. Kuasa di dalam Moto G82 5G digerakkan oleh cip Snapdragon 695 5G, bersama RAM LPDDR4x 6GB dan storan dalaman 128GB. Kad mikroSD sehingga 1 TB diterima di dalam slot hibrid.

Telefon ini memiliki paparan AMOLED seluas 6.6-inci, di dalam resolusi HD Penuh. Ia juga datang bersama kadar penyegaran setinggi 120Hz. Bagaimanapun, pengimbas capjari tiada di dalam skrin sebaliknya digabungkan dengan butang kuasa di sisi.



Untuk menangkap gambar dan video, ia dilengkapi kamera utama 50MP F1.8 OIS, bersama kamera ultra lebar 8MP F2.2 dan kamera makro 2MP F2.4 di belakang. Kamera hadapannya pula 16MP F2.2, diletakkan di dalam lubang kecil di dahi skrin.

Kapasiti bateri didalamnya adalah 5,000mAh dan ia menyokong pengecasan pantas 30W TurboPower melalui USB-C. Pembesar suara ada dua, memberikan bunyi stereo di kiri dan kanan. Jek audio 3.5mm juga masih ada di telefon pintar ini.

Moto G82 5G menjalankan sistem operasi Android 12. Ia juga dilengkapi fungsi Bluetooth 5.1 dan WiFi 802.11ac.

Tags: Moto G82MotorolaMotorola Moto G82
Najib

Najib

POPULAR

Motorola lancar Moto G82 5G dan umum jualan pertengahan tahun

Motorola lancar Moto G82 5G dan umum jualan pertengahan tahun

14 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER