• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

Asus ROG Flow X13 (2022) rasmi pada harga bermula RM6,599

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:00 pm
  • 15/06/2022
  • Komen
Asus ROG Flow X13 (2022) rasmi pada harga bermula RM6,599
Share on FacebookShare on Twitter

Ini adalah laptop convertible 13” paling berkuasa di dunia. Seperti laptop sejenis dengannya, ia boleh digunakan dalam mode laptop biasa, tablet, stand, ataupun tent. Yang membezakannya dengan yang lain adalah spesifikasinya yang ultrapremium.

Harga Asus ROG Flow X13 (2022) di Malaysia

ROG Flow X13 paling murah yang boleh anda dapatkan adalah RM6,599. Varian dengan spesifikasi tertinggi dijual pada harga RM13,999.



Seperti laptop Zephyrus, laptop ini turut didatangkan dengan 1 bulan PC Games Pass percuma dengan pembelian.

Spesifikasi Asus ROG Flow X13 (2022)

Bermula dengan ROG Flow X13 (2022) yang ada spesifikasi paling tinggi. Ia ada paparan 13.4” beresolusi WQUXGA (3840 x 2400) daripada jenis IPS dan mampu mencapai tahap segar semula setinggi 120Hz. Panel paparannya peka sentuhan untuk kemudahan input sewaktu dalam mode-mode selain laptop.



Atas papan utama, ia diperkasa CPU AMD Ryzen 7 6800H bersama-sama dengan GPU RTX 3050 Ti. RAM komputer ini telah dipateri iaitu sebanyak 32GB. Makanya tiada ruang untuk menaik taraf dalam masa akan datang.

Untuk menyimpan data, SSD NVMe PCIe 4.0 1TB disediakan. Ini adalah piawaian storan paling pantas yang boleh anda dapat setakat ini dalam pasaran.

ROG Flow X13 yang lebih murah berbeza pada sudut panel paparan. Ia ada panel paparan sama besar tapi cuma beresolusi FHD. Berita baiknya adalah panel ini menyokong kadar segar semula 120Hz.

CPU dan GPU masih sama tapi RAM dan storan masing-masing diturunkan kepada 16GB dan 512GB.

Kedua-dua varian laptop berkongsi kuantiti port I/O yang sama. Mereka beroleh jek audio 3.5mm, HDMI 2.0b, USB 3.2 Type-A. USB 3.2 Type-C, DisplayPort, dan ROG XG Mobile Interface.

Port khas ini adalah untuk laptop disambungkan kepada eGPU. Aksesori ini mampu menampung sehingga RX6850XT bagi memberikan kuasa memproses grafik yang lebih tinggi.

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Bacaan berkaitan

Asus ROG Zephyrus G14 & G15 (2022): Gaming berstail pada harga bermula RM7,999 – SoyaCincau.com

6 varian pelbagai paras harga disediakan dalam Asus TUF Dash F15 (2022) untuk anda pilih – SoyaCincau.com

Tags: asusasus rog flow x13
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Asus ROG Flow X13 (2022) rasmi pada harga bermula RM6,599

Asus ROG Flow X13 (2022) rasmi pada harga bermula RM6,599

15 June 2022
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

Siri Poco X8 Pro dilancar 17 Mac dengan cip Dimensity 8500 Ultra dan Dimensity 9500s

10 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN