• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Doodle memperingati Dr. Lim Boo Liat, pakar Zoologi dari Malaysia yang diiktiraf antarabangsa

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:38 pm
  • 21/06/2022
  • Komen
Google Doodle memperingati Dr. Lim Boo Liat, pakar Zoologi dari Malaysia yang diiktiraf antarabangsa
Share on FacebookShare on Twitter

Doodle di halaman utama Google hari ini memberi penghormatan kepada mendiang Dr. Lim Boo Liat, seorang ahli zoologi dan mamalia terkemuka di Malaysia.

Beliau telah bantu menubuhkan Zoo Negara dan telah menulis lebih daripada 300 penerbitan saintifik tentang mamalia dan parasitologi. Sepanjang kehidupannya, beliau telah memulihara dan menerokai kepelbagaian biologi di Malaysia.



Sumber

Tentang Dr. Lim Boo Liat

Dr. Lim dilahirkan pada 21 Ogos 1926 di Klang, Selangor. Beliau mula terdedah kepada haiwan dan serangga kecil semasa di sekolah menengah apabila sering pergi ke taman sekolah tersebut. Pada tahun 1944, Dr Lim ke Pulau Carey di persisiran pantai Selangor. Di sana, beliau telah berkawan dengan sekumpulan Orang Asli serta belajar untuk mengenal pasti pelbagai haiwan daripada mereka.

Pada 1947, beliau memohon kerja sementara sebagai Pembantu Makmal di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Kuala Lumpur. Pengetahuan zoologi yang diterima daripada Orang Asli telah membawa beliau kepada peranan pertamanya dalam penyelidikan biologi lapangan.



Seterusnya pada tahun 1952, beliau dinaikkan pangkat sebagai Pembantu Makmal dan telah terlibat dalam beberapa ekspedisi saintifik. Dari 1955 ke 1969, beliau telah terbitkan lebih daripada 80 kertas saintifik mengenai haiwan vertebrata. Malah, beliau turut dipelawa untuk mengetuai Bahagian Ekologi Perubatan yang baharu diasaskan di IMR.

Beliau menjadi seorang pakar yang dikenali oleh institusi tempatan dan asing dalam bidang kajian haiwan dan peranannya dalam penularan penyakit. Penemuannya pernah diterbitkan dalam Jurnal Zoologi, Persatuan Zoologi London pada tahun 1967.

Melihat potensi dan kepakarannya dalam bidang itu, beberapa orang profesor dari universiti-universiti Eropah membuka jalan untuk beliau dapat lanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana, walaupun beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal. Beliau pulang ke Malaysia pada 1972 dan meneruskan penyeliaan Bahagian Ekologi Perubatan, sebagai seorang ahli zoologi yang sebenar.

Dr. Lim menerima PhD dalam Zoologi di Universiti Sains Malaysia pada 1977 dan telah bekerja dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Indonesia. Di situ, beliau mengetuai Unit Penyelidikan Kawalan Biologi Vektor dan bertanggungjawab menjalankan penyelidikan mengenai subjek seperti wabak, kawalan malaria dan kawalan tikus, sehingga persaraannya pada 1987.

Pada tarikh hari ini di tahun 2003, Dr. Lim dianugerahkan Keahlian Kehormat, Persatuan Ahli Mamalia Amerika (American Society of Mammalogists – ASM) berikutan sumbangannya yang cemerlang dalam ilmu sains mamalia. Dalam masa yang sama, Dr Lim juga merupakan individu pertama di Asia Tenggara yang mendapat anugerah tersebut.

Penemuan ular spesies baru

Digelar sebagai ‘bapa Zoologi’, Dr. Lim dan rakan penyelidiknya pernah menemui ular spesies baru di Tanah Tinggi Genting Highlands, Pahang. Ia merupakan ular dedaun Genting bernama Macrocalamus gentingensis.

Untuk mengiktiraf sumbangan beliau dalam bidang sains biologi, ada banyak spesies haiwan telah dinamakan sempena dirinya oleh para saintis asing dan tempatan. Dengan melihat kepada pelbagai kajian yang pernah dihasilkan dan juga anugerah yang diterima, ini menunjukkan bahawa Dr Lim amat berjasa kepada ilmu zoologi yang telah disumbangkan selama hayatnya.

Tags: GoogleGoogle Doodle
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Google Doodle memperingati Dr. Lim Boo Liat, pakar Zoologi dari Malaysia yang diiktiraf antarabangsa

Google Doodle memperingati Dr. Lim Boo Liat, pakar Zoologi dari Malaysia yang diiktiraf antarabangsa

21 June 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN