• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Acer Nitro 5 (2022) kini mendukung cip Intel gen. ke-12 pada harga kurang RM4,500

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:16 pm
  • 30/06/2022
  • Komen
Acer Nitro 5 (2022) kini mendukung cip Intel gen. ke-12 pada harga kurang RM4,500
Share on FacebookShare on Twitter

Acer telah mengumumkan pelbagai produk baharu untuk tahun 2022. Berada dalam kalangan yang dilancarkan adalah siri laptop Acer Nitro 5. Barisan laptop gaming ini telah diperkemas untuk mendukung CPU dan GPU lebih segar. Disamping itu, mereka kini memanfaatkan PCIe4 untuk storan yang lebih pantas.

Harga Acer Nitro 5 (2022) di Malaysia

Sebagai siri laptop gaming mamu milik di Malaysia, Acer menawarkan laptop gaming berspesifikasi tinggi pada harga kurang daripada RM5,000. Berikut adalah pilihan yang anda ada.



  • Acer Nitro 5 AN515-58-5860 – RM4,399
  • Acer Nitro 5 AN515-58-72JZ – RM5,299
  • Acer Nitro 5 AN515-58-74HM – RM5,499
  • Acer Nitro 5 AN515-58-72ND – RM5,999
  • Acer Nitro 5 AN515-58-755K – RM8,699

Sebagai perbandingan, Nitro 5 edisi 2021 lalu dijual pada harga RM4,799 tapi spesifikasinya mirip pada model RM5,999 tahun 2022.

Anda boleh dapatkan Nitro 5 melalui gedung dalam talian mereka, pengedar sah diseluruh negara, ataupun berkunjung ke jerayawara yang berlangsung sehingga 3 Julai 2022 di Sunway Pyramid. Seperti biasa, ada beberapa promo sedang berjalan. Salah satunya adalah, sehingga 3 Julai 2022 ini, Nitro 5 dijual pada harga promo. Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk maklumat lanjut.



Anda juga boleh menebus ganjaran mengikut Tier. Yang paling lumayan, anda beroleh kredit TnG eWallet bernilai RM250 atau kad pemberian Netflix bernilai RM255 atau Acer Gateway Pro Wireless Headset bernilai RM239 atau kredit Steam Wallet bernilai RM250.

Spesifikasi Acer Nitro 5 (2022)

Acer Nitro 5 tahun ini hadir dengan casis yang ditambah baik. Rekaannya tidak lagi segarang dulu, tapi di sebalik casis itu ada komponen-komponen terkini. Varian yang paling tinggi diperkasa Intel Core i7-12700H bersama-sama dengan GPU RTX 3070Ti.

Bergandingan dengan CPU dan GPU itu adalah RAM DDR4 32GB 3,200Mhz dan storan jenis NVMe Gen4 seluas 1TB. Di bahagian paparan, varian tertinggi diberikan panel QHD IPS dengan kadar segar semula 165Hz. Untuk varian lain, panelnya adalah FHD 144Hz sahaja, tapi sudah cukup baik untuk bergaming. Tak kira apa pilihan anda, kedua-dua tersebut menyelaputi 100% gamut warna DCI-P3 dan 45% gamut NTSC.

Bagi mengekalkan laptop ini pada suhu operasi yang munasabah, ia menggunakan sistem dwikipas yang menghembus angin keluar daripada 4 lubang ekzos. Sistem ini dikawal oleh NitroSense.

Laptop edisi kali ini mewarisi beberapa komponen yang biasanya hanya ditemukan pada laptop Acer Predator yang lebih premium. Contohnya, ia dilengkapi Intel Killer E2600 dan Wi-Fi 6 AX1650i.

Antara pilihan port I/O yang anda adalah seperti HDMI, 3 USB-A, 1 USB-C, dan satu RJ45 untuk sambungan LAN. Acer Nitro 5 (2022) hadir dalam pakej seberat 2.5kg dan dilindungi jaminan 2 tahun dan 1 tahun jaminan International Travelers.

Anda boleh pergi ke laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: AcerAcer Nitro 5acer nitro 5 (2022)laptop
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Acer Nitro 5 (2022) kini mendukung cip Intel gen. ke-12 pada harga kurang RM4,500

Acer Nitro 5 (2022) kini mendukung cip Intel gen. ke-12 pada harga kurang RM4,500

30 June 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER