• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa Suruhanjaya Persaingan (MyCC) tak boleh bertindak atas penggabungan Celcom dan Digi?

  • OLEH Najib
  • 12:25 pm
  • 04/07/2022
  • Komen
Telco Akan Dibenar SKMM Untuk Jaja Nombor Telefon Macam Nombor Pendaftaran Kenderaan
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas berita Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membenarkan penggabungan Celcom dan Digi, terdapat beberapa suara yang meminta supaya Suruhanjya Persaingan Malaysia (MyCC) untuk bertindak menentang penggabungan ini berlaku. Antaranya dikhuatiri akan menjadikan industri telekomunikasi kurang berdaya saing, serta menjadikan syarikat baru ini sebagai monopoli.

Beberapa badan dan persatuan yang menyuarakan hal ini adalah Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) yang meminta MyCC masuk campur menghalang gabungan ini berjaya, sementara Pemuda UMNO meminta MyCC untuk melihat model perniagaan Digital Nasional Berhad (DNB). Bagaimanapun, MyCC tidak boleh masuk campur dalam hal berkaitan telekomunikasi dan mereka telah mengeluarkan kenyataan tentang perkara tersebut.



Dalam kenyataan rasmi itu, walaupun Akta Persaingan 2010 terpakai kepada mana-mana aktiviti komersial di Malaysia, Akta yang sama secara jelasnya menetapkan bahawa ia tidak terpakai kepada aktiviti komersial di bawah empat sektor:

  1. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998
  2. Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
  3. Akta Kemajuan Petroleum 1974
  4. Akta Suruhanjaya Penerbangan 2015

Pendek kata, sebarang aktiviti komersial berkaitan telekomunikasi, tenaga, petroleum dan penerbangan adalah di luar bidang kuasa MyCC.



MyCC menambah, semua aktiviti berkaitan telekomunikasi tertakluk di bawah bidang kuasa SKMM. Ia adalah tanggungjawab SKMM untuk mengawal selia sebarang penggabungan sektor telekomunikasi dan lain-lain persaingan berkaitan di dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Berkaitan penggabungan Celcom dan Digi, MyCC menyerahkan perkara berkaitan cadangan penggabungan tersebut kepada kebijaksanaan SKMM dan yakin bahawa penilaian dan penelitian yang komprehensif telah dilaksanakan oleh SKMM sebelum mencapai keputusannya.

Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Iskandar Ismail berkata, “Langkah pindaan Akta Persaingan 2010 oleh MyCC yang akan memperkenalkan rejim kawalan penggabungan di Malaysia sedang berjalan dengan lancar. Sekali lagi, perlu ditekankan bahawa rejim penggabungan ini akan mengecualikan, antara lain, sektor di bawah bidang kuasa SKMM. Kami berharap keputusan oleh MyCC mengenai permohonan penggabungan pada masa hadapan akan menjadi rujukan dan panduan utama kepada semua pihak berkuasa lain untuk memastikan landskap dasar yang konsisten dan teguh yang akan mewujudkan kepastian dalam pasaran.”

Dalam pengumuman SKMM berkenaan membenarkan penggabungan Celcom dan Digi, ia perlu memenuhi beberapa syarat di dalam akujanji berkaitan persaingan. Antaranya memulangkan 70Mhz jalur spektrum kepada SKMM, menubuhkan unit perniagaan bebas untuk menguruskan MVNO, menjual Yoodo dan membatalkan pengedar eksklusif di beberapa negeri.

Gabungan Celcom dan Digi kelak akan menjadikannya sebagai syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia, mengatasi Maxis. Tiga lagi syarikat telekomunikasi yang masih aktif di Malaysia tetapi tidak dengan pegangan pasaran lebih kecil adalah U Mobile, Telekom Malaysia dan YTL Communications.

MyCC sebelum ini pernah mengeluarkan denda sebanyak RM10 juta kepada AirAsia dan Malaysia Airlines atas kerjasama jangka pendek yang dilihat anti persaingan. Bagaimanapun, usaha MyCC untuk meneruskan denda ini telah ditolak oleh Mahkamah persekutuan dan MyCC diarah untuk membayar kos bernilai RM60,000 kepada kedua-dua syarikat penerbangan tersebut.

Tags: digimyccSKMM
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Telco Akan Dibenar SKMM Untuk Jaja Nombor Telefon Macam Nombor Pendaftaran Kenderaan

Kenapa Suruhanjaya Persaingan (MyCC) tak boleh bertindak atas penggabungan Celcom dan Digi?

4 July 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER