• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan Xpax Mix & Match banyak boleh diubahsuai seperti Yoodo

  • OLEH Najib
  • 2:38 pm
  • 19/07/2022
  • Komen
Pelan Xpax Mix & Match banyak boleh diubahsuai seperti Yoodo
Share on FacebookShare on Twitter

Celcom hari ini melancarkan pelan baru untuk prabayar Xpax mereka. Dipanggil sebagai pelan Xpax Mix & Match, ia membolehkan pengguna mengubahsuai pelan mengikut keperluan semasa. Ini akan mengurangkan pembaziran kerana pengguna hanya membeli apa yang mahu digunakan sahaja.

Pelan prabayar baru ini memiliki harga permulaan rendah, dari RM20 sebulan dan pengguna boleh memilih masa aktif, tanpa had data atau tanpa sekatan kelajuan, serta tambahan data lain seperti media sosial, strim video dan permainan video. Sekilas pandang, pilihan yang pelbagai ini sangat mirip dengan Yoodo di mana pengguna boleh mencipta sendiri pelan mereka dengan memilih data yang diingini.



Macam Yoodo tapi bukan

Jika diperhatikan dengan lebih teliti, ubahsuai pelan baru Xpax Mix & Match ini sebenarnya tidak banyak boleh diubahsuai. Pilihan yang ada agak terhad dan sedikit tambahan disediakan seperti mahu menunjukkan ia boleh diubahsuai sepenuhnya.

Dalam ruangan soalan lazim FAQ Mix & Match, ada dua pilihan masa aktif iaitu 5-hari dan 30-hari. Bagi 5-hari, hanya ada 3 pilihan pelan dan untuk 30-hari ada 8 pilihan pelan.



Jika mahu data tanpa had, pilihan termurah berharga RM32/bulan dengan sekatan kelajuan 3Mbps serta FUP 60GB. Dalam kata lain, ia adalah pelan Xpax Unlimited RM35 3Mbps tetapi tanpa hotspot 3GB dan panggilan tanpa had.

Kalau inginkan data berkelajuan tinggi tanpa sekatan kelajuan, pilihan termurah adalah data 8GB berharga RM20/bulan, sehinggalah data 30GB RM32/bulan dan data 40GB RM42/bulan. Semua pelan ini datang bersama panggilan tanpa had.

Tapi ada satu lagi pelan yang agak pelik, data 4GB RM20/bulan dan ia harus dielakkan dari dilanggan. Pelan ini juga tiada panggilan tanpa had.

Untuk perbandingan, Yoodo mengenakan bayaran RM12 untuk data 2GB, RM15 6GB atau RM18 10GB. Dalam promosi yang masih berjalan sekarang, pengguna Yoodo boleh mendapatkan data 20GB hanya RM20/bulan, tawaran terbaik paling berbaloi buat masa kini.

Setelah memilih pelan asas, maka pengguna boleh pula memilih tambahan seperti berikut:

  • Panggilan Suara Tanpa Had – RM3
  • 5GB data berkelajuan tinggi – RM3
  • 10GB data berkelajuan tinggi – RM5
  • 20GB data berkelajuan tinggi – RM8
  • 5GB hotspot – RM3
  • 20GB hotspot – RM8

Seterusnya, ada pilihan tambahan data berasaskan aplikasi dengan kuota 10GB berkelajuan tinggi. Pengguna boleh menambah 1 aplikasi berharga RM5, 2 aplikasi RM6 atau 3 aplikasi RM8. Aplikasi yang ditawarkan adalah:

  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • iQiyi
  • YouTube
  • Netflix
  • Viu
  • PUBG
  • Mobile Legends

Aplikasi ini mungkin akan ditambah lagi di masa akan datang.

Tambah data lebih murah daripada pelan asas

Apabila melihat tawaran Xpax Mix & Match baru ini, sebenarnya membeli tambahan data add-on adalah lebih murah berbanding pelan asas. Katakan anda mahu melanggan 40GB data berkelajuan tinggi sebulan, adalah lebih murah membeli pelan asas 8GB RM20 dan menambah data booster 50GB RM21, menjadikan jumlahnya 58GB hanya RM41/bulan. Tetapi jika anda melanggan pelan asas 40GB, ia berharga RM42/bulan. Lebih mahal dan kurang data.

Celcom boleh menjadikan pelan ini lebih mudah difahami jika menyediakan kalkulator kira-kira di laman web, seperti yang disediakan Yoodo. Pelanggan akan lebih jelas berapa yang perlu dibayar dan apa yang mereka terima.

Langkah Celcom memperkenal pelan yang mirip Yoodo ini mungkin terhasil akibat pengumuman gabungan Celcom dan Digi, di mana salah satu perkara yang perlu mereka lakukan adalah mengeluarkan Yoodo daripada gabungan, sebagai usaha mengelakkan monopoli. Jadi Celcom cuba melancarkan pelan yang agak serupa dengan Yoodo.

Usaha Celcom memperkenal pelan yang memberi pengguna kuasa untuk memilih memang baik, tetapi pelan Xpax Mix & Match ini kelihatan terlalu rumit dan lebih mengejutkan, pelan asas adalah lebih mahal daripada data booster atau tambahan add-on. Di Yoodo, pelan asas adalah jauh lebih murah berbanding data tambahan.

Untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang tawaran terbaru ini, layari laman web Prabayar Celcom Xpax.

Tags: celcomcelcom xpaxxpaxXpax Mix & Match
Najib

Najib

POPULAR

Pelan Xpax Mix & Match banyak boleh diubahsuai seperti Yoodo

Pelan Xpax Mix & Match banyak boleh diubahsuai seperti Yoodo

19 July 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN