• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

10 Ogos 2022 dipilih untuk pelancaran Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Flip 4

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:03 am
  • 20/07/2022
  • Komen
10 Ogos 2022 dipilih untuk pelancaran Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Flip 4
Share on FacebookShare on Twitter

Tanda calendar anda untuk 10 Ogos 2022 ini kerana Samsung akan melancarkan dua telefon boleh lipat mereka iaitu Galaxy Z Fold 4 dan Galaxy Z Flip 4. Sekiranya anda berminat untuk mengikuti pelancarannya, ia akan berlangsung pada jam 9 malam waktu Malaysia menerusi Galaxy Unpacked 2022. Ia boleh ditonton secara langsung di laman web Samsung Malaysia serta di YouTube Samsung.

August 10th, 2022 > Today

Watch something greater than before @ https://t.co/MNiaVXMqmW

Register your interest to be entitled to redeem a RM200 e-voucher upon pre-order of the Next Galaxy.* *T&Cs apply

Register now at https://t.co/cAKR7SJWzl.#SamsungUnpacked pic.twitter.com/QDxXJXQu2Z

— Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia) July 20, 2022

Dijangkakan yang tempahan untuk memilikinya bakal terus dibuka tak lama selepas majlis pelancaran, sekiranya anda rujuk pada generasi sebelumnya. Malahan, Samsung bakal berikan e-baucar bernilai RM200 untuk anda beli telefon yang bakal mereka lancarkan ini, jika mendaftar minat sekarang di laman web Samsung Malaysia.



Berdasarkan beberapa teaser yang dikongsikan, kita boleh meneka yang rekaan kali ini akan lebih kuboid, bermakna ia ada badan bersisi lebih tajam, seperti sebuah iPhone.

Ciri-ciri menarik sebelum ini pastinya akan diwariskan, seperti kekalisan air, saiz paparan yang besar beserta panel AMOLED dan sokongan S-Pen, walaupun anda perlu simpan stailus itu secara berasingan.



Daripada segi harga, anda boleh jangkakan ia akan berada sekitar generasi terdahulu. Berikut adalah harga pelancaran Galaxy Z Fold 3 dan Galaxy Z Flip 3 di Malaysia.

Galaxy Z Fold 3

  • Storan 256GB – RM6,699
  • Storan 512GB – RM7,099

Galaxy Z Flip 3

  • Storan 128GB – RM3,999
  • Storan 256GB – RM4,199
Tags: samsungsamsung galaxysamsung galaxy zsamsung galaxy z flip 4samsung galazy z fold 4telefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

10 Ogos 2022 dipilih untuk pelancaran Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Flip 4

10 Ogos 2022 dipilih untuk pelancaran Samsung Galaxy Z Fold 4 dan Flip 4

20 July 2022
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN