• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Robot patahkan jari budak ini ketika lawan catur, di mana silapnya?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:49 pm
  • 26/07/2022
  • Komen
Robot patahkan jari budak ini ketika lawan catur, di mana silapnya?
Share on FacebookShare on Twitter

Suka main catur? Catur adalah permainan yang memerlukan individu berfikir tentang strategik pergerakan untuk menentang pihak lawan. Ia bukanlah permainan yang berat sehingga mengakibatkan kecederaan fizikal. Tapi semasa perlawanan Catur Terbuka Moscow (Moscow Chess Open) baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun telah dipatahkan jari oleh penentangnya yang merupakan sebuah robot.

Robot catur itu telah mencengkam dan mematahkan jari mangsa semasa kanak-kanak itu mengubah kedudukan buah caturnya. Anda boleh lihat kejadian ini melalui rakaman video di bawah. Ada 4 orang dewasa datang ke arah mangsa sebaik sahaja tragedi ini berlaku.



Walaubagaimanapun, menurut Sergey Smagin, Naib Presiden Persekutuan Catur Rusia, robot itu tidak melakukan kesalahan. Tapi kanak-kanak tersebut yang melanggar peraturan keselamatan. Mangsa kelihatan telah memilih untuk bertindak balas dengan cepat dan tidak menunggu mesin itu menyelesaikan pergerakannya. Ini menyebabkan jari mangsa dicengkam dan tidak sengaja dipatahkan.

Meskipun sudah alami situasi mencemaskan itu, namun menurut Sergey Lazarev, Presiden Persekutuan Catur Moscow, mangsa masih bermain pada keesokan harinya untuk menamatkan kejohanan itu.



Robot zaman sekarang dihasilkan semakin canggih dan moden. Ia bukan sahaja mampu berinteraksi tapi boleh juga bergerak secara aktif mengikut program yang sudah ditetapkan padanya. Begitulah juga dengan robot catur di Catur Terbuka Moscow ini.

Tapi nampaknya pemain masih perlu berhati-hati apabila berdepan dengan robot ini dan ikut peraturan yang disediakan supaya tidak menjadi mangsa cengkaman tangan tajamnya itu. Anda boleh lihat betapa tajam dan lajunya pergerakan robot catur ini melalui video pertembungannya bersama juara catur dunia ke-14, Vladimir Kramnik di bawah.

[Sumber: Engadget, TheGuardian, SoyaCincau]

Tags: caturrobot
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Robot patahkan jari budak ini ketika lawan catur, di mana silapnya?

Robot patahkan jari budak ini ketika lawan catur, di mana silapnya?

26 July 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

Kad Visa Travel TNG eWallet: 3% cashback tanpa had, pengeluaran luar negara percuma

21 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER