• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Takut orang curi gambar masa baiki telefon? Ciri baru Samsung ini boleh lindungi data anda

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:09 pm
  • 02/08/2022
  • Komen
Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda rasa risau jika data anda terdedah apabila berikan telefon kepada individu lain untuk dibaiki? Ketika serahkan telefon, pengguna tidak boleh hantar peranti yang dikunci sepenuhnya, sebab juruteknik tidak boleh ujinya dengan teliti. Maka anda memang tiada pilihan lain selain biarkan ianya terbuka. Tapi jika perkara ini membimbangkan anda, ciri baru Samsung ini boleh bantu untuk menyelesaikannya.

Samsung perkenalkan Repair Mode (mod pembaikan) pada telefon Galaxy. Melaluinya, anda boleh pilih data yang ingin di dedahkan apabila telefon sedang dibaiki. Data yang tidak dipilih pula akan dikunci. Seterusnya, peranti akan reboot sebaik sahaja Repair Mode diaktifkan. Setelah itu, tiada siapa pun yang dapat akses data peribadi anda, termasuklah gambar dan mesej.



Semasa dalam mod ini, juruteknik masih boleh cuba peranti anda dan uji semuanya, tapi mereka hanya dapat melihat aplikasi default sahaja tanpa ada data. Kemudian, apabila anda dapat semula peranti itu, anda boleh matikan mod pembaikan dan reboot semula telefon. Anda perlu lakukan pengesahan melalui pengecaman cap jari atau corak untuk akses semula telefon anda seperti asal.

Setakat ini, Samsung hanya perkenalkan ciri ini di Korea Selatan dan ia tiba melalui kemaskini siri Galaxy S21. Ciri ini akan dikembangkan kepada lebih banyak model pada masa hadapan dan lokasi lain juga akan menerima ciri itu tidak lama lagi.



Bagi saya, ciri ini amat diperlukan sebab data di dalam peranti sangat penting dan perlu dilindungi dari terdedah. Sebelum ini, Edison Chen iaitu penyanyi dan pelakon popular di Hong Kong pernah menggemparkan negara itu apabila beberapa gambar privasi dirinya diterbitkan di seluruh Web. Gambar-gambar itu, sebenarnya adalah dari cakera keras laptop miliknya yang diserahkan kepada pihak lain untuk dibaiki. Namun, juruteknik di pusat servis yang menemui cache gambar di dalam laptop Chen memutuskan untuk menyiarkannya di Net.

Oleh itu jika tiada ciri Repair Mode ini, antara solusi yang boleh anda lakukan adalah pindahkan data ke storan awan seperti Google Drive dan iCloud. Kemudian, padamkan semua data yang ada di peranti untuk mengelakkannya dari terdedah.

[Sumber: Arstechnica, Sammobile, Computerworld]

Tags: samsung
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Galaxy S21 FE: peranti flagship Samsung lebih mampu milik hadir tanpa aksesori penting

Takut orang curi gambar masa baiki telefon? Ciri baru Samsung ini boleh lindungi data anda

2 August 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN