• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Penaja

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

  • OLEH Penaja
  • 1:05 am
  • 05/08/2022
  • Komen
Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya
Share on FacebookShare on Twitter

[Artikel ini dibawakan oleh VISA]

Transaksi pembayaran tanpa tunai ataupun tanpa sentuh, menjadi semakin popular di Malaysia lebih-lebih lagi ketika wabak COVID-19 melanda. Pilihan pembayaran digital seperti dompet mudah alih, kad tanpa sentuh dan pembayaran QR sangat mudah digunakan dan ia mampu mengurangkan sentuhan fizikal.

Walaupun wang tunai masih digunakan secara meluas, namun berdasarkan laporan Sikap Pembayaran Pengguna Visa 2022 (Consumer Payment Attitudes – CPA) ada beberapa penemuan menarik mengenai populariti pilihan pembayaran digital di Malaysia.

96% rakyat Malaysia guna kaedah pembayaran tanpa tunai

Menurut Kajian Visa CPA, Asia Tenggara menjurus ke arah membentuk masyarakat tanpa tunai. Masyarakat di Singapura (97%), Malaysia (96%), Indonesia (95%) dan Vietnam (95%) telah menggunakan pelbagai kaedah pembayaran tersebut.

Kebanyakan perniagaan juga telah menerima transaksi pembayaran tanpa tunai untuk memenuhi permintaan dan pilihan pengguna. Di Malaysia, 78% pengguna merancang untuk gunakan pembayaran tanpa tunai dengan lebih kerap, malah 66% pengguna lebih memilih kedai yang menerima pembayaran tanpa tunai.

Laporan Visa dedahkan bahawa wabak COVID-19 telah mempercepatkan peralihan ke arah masyarakat tanpa tunai dalam beberapa tahun. Malah, dari situ juga terdapat lebih ramai pengguna cuba untuk menggunakan transaksi tanpa tunai sepenuhnya. Pengguna di Asia Tenggara telah disediakan dengan pelbagai kaedah pembayaran digital. Antara yang paling banyak digunakan ialah dompet mudah alih (52%), leret/masukkan kad (47%) dan pembayaran kad tanpa sentuh (44%).

Pada tahun lalu, terdapat peningkatan besar dalam penggunaan kali pertama untuk kaedah pembayaran digital di Asia Tenggara iaitu dompet mudah alih (33%), kad dalam talian (30%) dan pembayaran kod QR (26%). Di samping itu, penggunaan kad tanpa sentuh, pembayaran tanpa sentuh mudah alih dan kod QR dijangka akan menunjukkan peningkatan penggunaan yang berterusan, hal ini berikutan oleh kesedaran dan minat yang tinggi daripada kalangan bukan pengguna.

Sementara itu, Pengurus Besar Visa Singapura, Malaysia dan Thailand, Serene Gay berkata, Visa mahu gunakan pelbagai keupayaan rangkaiannya untuk membolehkan individu, perniagaan dan ekonomi berkembang maju melalui kerjasama mereka dengan rakan kongsi strategik, untuk membina dan mengkaji semula masa depan pembayaran.

Contoh yang dapat dilihat adalah kerjasama Visa dengan Handal Indah Sdn Bhd iaitu penyedia perkhidmatan bas awam terbesar di Johor Bahru. Mereka telah bekerjasama untuk mengubah pengalaman pembayaran pada bas Causeway Link, iaitu bas untuk merentas sempadan antara Malaysia dan Singapura.

Seiring dengan inisiatif pembayaran tanpa tunai, penerimaan transaksi tanpa sentuh telah diperkenalkan kepada lebih daripada 100 bas Causeway Link pada 1 Julai lalu.

Setakat ini, teknologi tersebut hanya disediakan untuk perkhidmatan bas bagi laluan rentas sempadan antara Malaysia dan Singapura sahaja. Namun, dari masa ke masa, perkhidmatan itu akan dikembangan pula untuk laluan tempatan yang dikendalikan oleh Causeway Link dalam Johor Bahru, termasuk program myBAS SBST.

Dengan adanya kaedah pembayaran digital, pengalaman pengguna kini lebih dikuasai dengan teknologi dan inovasi. Pembayaran tanpa tunai merupakan satu kaedah yang mudah, selamat dan ia sememangnya menjadi pilihan ramai sebagai kaedah pembayaran utama.

Tags: visa
Penaja

Penaja

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

Pembayaran digital meningkat ketika COVID-19, 74% rakyat Malaysia berjaya lakukan transaksi tanpa tunai sepenuhnya

5 August 2022
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER