• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:26 am
  • 09/08/2022
  • Komen
Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang kami laporkan, Apple Pay sudahpun mula diaktifkan dalam beberapa penyedia servis perbankan. Ini adalah tutorial tentang bagaimanakah anda boleh gunakan Apple Pay untuk kad bank yang menyokongnya.

Peranti manakah yang menyokong Apple Pay?

Apple Pay menggunakan cip NFC (near-field communication) yang terdapat dalam iPhone 6 dan ke atas. Apple Watch juga menyokong Apple Pay, tapi bermula Apple Watch Series 1 dan ke atas.



Kad bank manakah yang menyokong Apple Pay?

Sewaktu artikel ini ditulis, kad bank daripada AmBank dan Maybank boleh dimasukkan ke dalam Apple Wallet dan seterusnya diaktifkan dalam Apple Pay. Untuk Ambank, hanya kad kredit sahaja boleh digunakan, sementera untuk Maybank, kad kredit, debit, dan prabayar boleh digunakan.

Cara untuk masukkan kad ke dalam Apple Wallet

Sebelum mula membayar menggunakan Apple Pay, anda perlu tambat kad anda ke dalam Apple Wallet.



Berikut adalah langkah yang perlu diambil:

  1. Lancarkan APP Wallet di iPhone
  2. Di penjuru kanan, cari ikon “+”.
  3. Pilih “Debit or Credit Card”
  4. Tekan “Continue”
  5. Imbas kad ataupun masukkan maklumat secara manual
  6. Turuti arahan pengesahan daripada bank, biasanya nombor OTP akan dihantar kepada telefon anda.

Cara untuk masukkan kad ke dalam Apple Watch

Sekiranya anda ingin gunakan Apple Pay di Watch, ada langkah tamabahan perlu anda buat:

  1. Lancarkan APP Watch di iPhone
  2. Skrol kebawah dan tekan Wallet
  3. Anda akan nampak kad yang anda masukkan tadi dalam senarai, tekan ADD.
  4. Anda kana diminta untuk masukkan nombor keselamatan CVV dan proses pengesahan daripada bank akan berlaku.

Cara untuk bayar di kedai fizikal dengan Apple Pay

Apple Pay boleh digunakan di kedai fizikal seperti anda gunakan Samsung Pay ataupun kad kredit dan debit.

Untuk telefon yang ada Face ID, anda perlu tekan dua kali butang kuasa. Untuk telefon yang ada Touch ID, anda perlu tekan dua kali butang Home.

Pembayaran menggunakan iPhone memerlukan pengesahan untuk setiap kali pembayaran dilakukan. Jadi, jangan risau akan penyalahgunaan Apple Pay sekiranya anda kehilangan telefon.

Untuk Apple Watch, tekan dua kali butang sisi. Ketika pembayaran, tiada pengesahan dilakukan sebab anda sudahpun masukkan nombor CVV sewaktu proses setup tadi. Namun, jika jam tangan tidak dipakai, fungsi Apple Pay akan dimatikan.

Cara untuk bayar di kedai dalam talian dengan Apple Pay

Apple Pay juga boleh digunakan untuk pembayaran dalam talian. Platform seperti Shopee, kami laporkan ada logo Apple Pay sewaktu anda ingin lakukan pembayaran.

Pembayaran menggunakan Apple Pay lebih mudah di dalam laman web. Anda tak perlukan OTP telefon kerana maklumat yang diteirma Shopee adalah yang jenis sudahpun disulitkan.

Tags: Ambankappleapple payfintechkad debitKad kreditKad prabayarpembayaran
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

Apple Pay di Malaysia: Ini tutorial untuk gunakannya

9 August 2022
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN