• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemilik akaun TikTok mati, dipercayai cuba bunuh diri selepas terima komen kebencian

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:58 pm
  • 09/08/2022
  • Komen
Pemilik akaun TikTok mati, dipercayai cuba bunuh diri selepas terima komen kebencian
Share on FacebookShare on Twitter

Gejala buli siber sering berlaku di media sosial dan ia boleh datangkan kesan yang besar kepada mangsa. Hal ini kerana, tindakan pembuli seperti meninggalkan komen atau video negatif di Internet kebiasaannya bersifat kekal dan terbuka. Sudah tentu, mangsa akan dapat pelbagai kesan darinya, contohnya malu sehingga kemurungan. Lebih menyedihkan, ada juga yang ambil keputusan untuk membunuh diri.

Terkini, seorang pemilik akaun TikTok popular di Malaysia yang dikenali sebagai Shashikala Nadarajah meninggal dalam perjalanan ke hospital dari rumahnya di Subang Jaya, Selangor. Polis berkata, dia dipercayai cuba membunuh diri sebelum dikejarkan ke hospital.



Hal ini adalah selepas dia dilaporkan menerima komen kebencian bertubi-tubi berkaitan penampilan dan koleksi beg tangannya. Malah, ada juga pengguna TikTok yang menyalahkannya kerana diganggu secara seksual melalui komen pada video, yang disiarkan mengenai perkara itu. Namun, polis berkata setakat ini tiada laporan yang dibuat mangsa atas dakwaan menjadi mangsa gangguan buli siber.

Shashikala mempunyai lebih 30,000 pengikut di TikTok. Dia sering kongsi pandangan mengenai pelbagai topik seperti persekolahan di rumah, gangguan seksual dan cara kekalkan penjagaan beg tangan mewah. Hasil siasatan awal dimaklumkan bahawa mangsa pernah alami tekanan perasaan dan dapat rawatan di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya.



Apabila saya buat carian akaun Shashikala Nadarajah di Tiktok, saya dapati akaunnya tidak lagi ditemui. Mungkin ahli keluarga telah padam akaun tersebut. Tapi, saya jumpa banyak video dari pengguna lain berkaitannya yang mengetengahkan rasa sedih dan takziah atas kehilangan mangsa.

Jika benar cubaan bunuh diri ini adalah kerana gangguan siber, makan saya ingin ingatkan supaya semua pengguna media sosial elak dari menulis sesuatu yang boleh mengguris hati orang lain dan mengganggu mentalnya. Jika tidak suka perkara yang dikongsikan, baik abaikannya sahaja. Tindakan undang-undang harus diambil pada pelaku buli siber, bagi mendapatan keadilan terhadap mangsa.

Talian aduan situasi bunuh diri

Daripada kes ini, tidak dapat diketahui lagi sama ada mangsa tertekan dengan komen netizen atau ada alami masalah lain. Tapi, jika anda ada rasa tertekan, ingin membunuh diri atau kenal seseorang yang berada dalam situasi ini, sila hubungi salah satu talian hotline berikut:

  1. Talian Kasih: 15999 (24 jam)
  2. The Befrienders: 03-76272929 (24 jam)
  3. Agape Counselling Centre Malaysia: 03-77855955 atau 03-77810800 (9 pagi – 6 petang)
  4. Life Line Association Malaysia: 03-42657995 (7 malam – 10 malam)

Mereka akan berikan sokongan emosi dan mendengar masalah anda. Anda juga boleh hubungi talian di atas jika anda rasa sedih, marah, tertekan atau kesunyian tapi tiada tempat untuk bercerita. Jadi, anda tak akan keseorangan!

Selain itu, Kementerian Kesihatan dan Mercy Malaysia juga ada sediakan talian sokongan psiko-sosial untuk petugas barisan hadapan dan lain-lain yang terjejas secara emosi akibat wabak Covid-19. Talian boleh dihubungi di 014-3223392, 011-63996482, 011-63994236 atau 03-29359935, bermula dari 8 pagi sehingga 5 petang.

[Sumber: Malaysiakini, BH]

Tags: buli sibertitok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Pemilik akaun TikTok mati, dipercayai cuba bunuh diri selepas terima komen kebencian

Pemilik akaun TikTok mati, dipercayai cuba bunuh diri selepas terima komen kebencian

9 August 2022
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER