• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telefon tiga warna yang akan dilancar di Malaysia ini adalah Xiaomi 12 Lite

  • OLEH Najib
  • 2:24 pm
  • 10/08/2022
  • Komen
Telefon tiga warna yang akan dilancar di Malaysia ini adalah Xiaomi 12 Lite
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia telah mengutuskan satu petunjuk tentang acara pelancaran yang akan diadakan minggu hadapan. Gambar yang dikongsikan menunjukkan tiga bulatan berwarna hitam, ungu dan hijau tetapi tidak menyatakan apakah produk yang akan diperkenal kelak.

Petunjuk Xiaomi ini mudah dirungkaikan kerana petunjuk yang sama menunjukkan model yang sama telah dilancarkan di Indonesia bulan lepas. Ia adalah telefon pintar Xiaomi 12 Lite yang datang dalam tiga pilihan warna tersebut.



Acara pelancaran Xiaomi 12 Lite di Malaysia akan diadakan pada hari Khamis, 18 Ogos 2022 menerusi Facebook Xiaomi Malaysia. Orang ramai boleh turut sama menyaksikan secara langsung bermula pukul 8 malam.

Untuk rujukan, Xiaomi Indonesia menjual hanya satu varian Xiaomi 12 Lite iaitu RAM 8GB dan storan 256GB pada harga IDR5,799,999 (~RM1,737). Tahun lepas, Xiaomi 11 Lite 5G NE dilancarkan di Malaysia pada harga serendah RM1,199 (6+128GB) sehingga RM1,599 (8+256GB). Jika harga hampir serupa dengan Indonesia, Xiaomi 12 Lite (8+256GB) mungkin dijual sekitar RM1,799.



Spesifikasi Xiaomi 12 Lite

Walaupun tergolong dalam keluarga Xiaomi 12, siri Lite ini tidak memiliki kuasa flagship. Ia menggunakan cip kelas pertengahan Snapdragon 778G 6nm, lengkap dengan sokongan 5G. Kuasa ini dipadankan dengan RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.2, menjelaskan lagi prestasinya pada kelas pertengahan.

Xiaomi 12 Lite diketengahkan sebagai telefon pintar fesyen dengan tiga pilihan warna Lite Pink, Lite Green, dan Black. Kemasan berwarna gradien berlapis serta kesan seakan satin, menambah rupa mewah dan premium padanya.

Paparan yang digunakan jenis AMOLED 6.55-inci, beresolusi HD Penuh dan kadar penyegaran antara 60Hz dan 120Hz. Kecerahan skrin setinggi 500nits dan boleh mencecah puncak 950 nits. Pengimbas capjari terbina di dalam skrin.

Lubang di dahi skrin memuatkan kamera hadapan 32MP F2.5 dan ia dibantu oleh dwi-LED flash di atas skrin untuk gambar lebih cerah. Kamera belakang pula menggandingakan kamera utama 108MP F1.88 dengan sensor Samsung HM1, kamera ultra lebar 8MP dan kamera makro 2MP tanpa sebarang penstabil imej optikal (OIS).

Dengan badan yang agak nipis, Xiaomi 12 Lite memiliki bateri 4,300mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 67W yang boleh mengisi penuh dalam masa 41 minit sahaja. Kepala pengecas dan kabel USB-C ada disertakan di dalam kotak.

Sistem bunyi di Xiaomi 12 Lite adalah stereo dan ia tiada jek audio. Slot kad sim ada dua dan tiada ruang untuk kad mikroSD. Xiaomi 12 Lite menjalankan sistem operasi MIUI 13 berasaskan Android 12. Tiada dinyatakan berapa panjang kemaskini akan diberi.

Melihatkan harganya, Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro dilihat lebih berbaloi kerana ada pemproses kelas flagship di samping pengecas lebih pantas 120W. Tetapi ia lebih berat dan tebal, serta warna kurang menarik berbanding Xiaomi 12 Lite.

Tags: xiaomiXiaomi 12 Lite
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Telefon tiga warna yang akan dilancar di Malaysia ini adalah Xiaomi 12 Lite

Telefon tiga warna yang akan dilancar di Malaysia ini adalah Xiaomi 12 Lite

10 August 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER