• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Lenovo Legion 5i & 5i Pro dikemas kini dengan Intel generasi ke-12, harga bermula RM5,999

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:26 pm
  • 17/08/2022
  • Komen
Lenovo Legion 5i & 5i Pro dikemas kini dengan Intel generasi ke-12, harga bermula RM5,999
Share on FacebookShare on Twitter

Lenovo mengumumkan kemas kini kepada barisan laptop gaming dalam keluarga Legion iaitu Legion 5i dan 5i Pro. Ini adalah generasi ke-7 dan semuanya menerima naik taraf kepada CPU Intel generasi ke-12.

Harga Lenovo Legion 5i & 5i Pro di Malaysia

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan mana-mana laptop Lenovo, anda boleh pergi ke gedung dalam talian Lenovo, Lazada, ataupun Shopee. Ada promosi menarik berjalan sepanjang bulan Ogos 2022 ini. Kalau anda dapatkan mana-mana Lenovo Legion 5, anda akan terima langganan Game Pass 3 bulan, topi dan cawan Legion dan beg galas Lenovo Legion.



Lenovo Legion 5i digjual pada harga bermula RM5,999. Versi yang tiada abjad “i” adalah yang menggunakan CPU AMD Ryzen dan ia djual pada harga bermula RM5,299.

Begitu juga dengan Lenovo Legion 5 Pro, anda boleh dapatkannya pada harga bermula RM8,499 dan versi Intel pada harga bermula RM7,399.



Spesifikasi Legion 5i Pro (16”, Gen 7)

Legion 5i Pro adalah sebuah laptop dalam kategori 16”. Seperti biasa, pengeluarnya menampilkan rekaan tidak agresif walaupun sebenarnya laptop ini berspesifikasi gaming. Satu-satunya yang nampak gaming pada laptop ini adalah lampu RGB pada papan kekuncinya.

Panel paparannya adalah dariapda jenis IPS pada resolusi 2560 x 1600.

Menurut Lenovo, ini adalah paparan pertama dunia yang ada nisbah paparan sebegitu dalam resolusi tersebut iaitu 19:10. Ia jadikan laptop nampak lebih segi empat sama berbanding segi empat tepat. Refresh rate panel ini boleh mencecah 165Hz.

Atas papan utama, Lenovo ada tawarkan Legion 5i Pro ini dalam konfigurasi Intel Core i9, namun gedung dalam taliannya hanya tawarkan Intel Core i7-12700H yang bekerja pada clockspeed maksimum 4.70Ghz. Varian paling mahal berikan anda RAM 32GB DDR5, storan SSD seluas 1TB dan GPU GeForce RTX 3070 Ti.

Pilihan port I/O laptop ini agak mewah. Bermula di bahagian kanan, anda ada USB-A, jek audio 3.5mm dan butang pengatup webcam (e-shutter). Kemudian di bahagian kiri anda ada 2 USB-C yang masing-masing menyokong DisplayPort 1.4.

Sebahagian besar port I/O diletakkan di bahagian belakang. Anda dapat 2 USB-A (1 always-on 5V), 1 USB-C yang sokong DisplayPort 1.4 dan juga PD 135W, HDMI 2.1, dan RJ45.

Sistem bateri berkapasiti 80Wh diberikan pada laptop ini dengan komponen pengecas yang bekerja pada kadar 300W.

Spesifikasi Legion 5i (15”, Gen 7)

Legion 5i adalah versi lebih kecil berbanding 5i Pro sekiranya anda perlukan lebih portability. Rekaannya laptop ini mirip kepada saudara yang lebih mahal. Satu-satunya yang nampak gaming pada laptop ini adalah lampu RGB pada papan kekuncinya.

Laptop ini ada panel paparan IPS sebesar 15.6” beresolusi 1920 x 1080. Jadi paparannya adalah lebih konvensional 16:9. Refresh rate panel ini boleh mencecah 165Hz.

Varian paling tinggi boleh didapatkan berdasarkan materi pengiklanan adalah yang ada Intel Core i7-12700H, GPU GeForce RTX 3060, RAM 16GB DDR5, dan storan 512GB.

Daripada segi port I/O, anda dapat pilihan yang sama dengan5i Pro termasuklah kedudukannya. Anda dapat 3 USB-A, 3 USB-C, HDMI 2.1, jek audio 3.5m, dan Ethernet RJ45.

Tags: Intellenovolenovo legion 5ilenovo legion 5i pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Lenovo Legion 5i & 5i Pro dikemas kini dengan Intel generasi ke-12, harga bermula RM5,999

Lenovo Legion 5i & 5i Pro dikemas kini dengan Intel generasi ke-12, harga bermula RM5,999

17 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER