• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor 70: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 9:00 pm
  • 18/08/2022
  • Komen
Honor 70: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Honor Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan tiga produk baru mereka ke Malaysia iaitu telefon pintar Honor 70, tablet Honor Pad 8 dan laptop Honor MagicBook 14. Malaysia adalah pasaran terawal produk ini dilancarkan di luar China.

Honor 70 adalah peranti kelas pertengahan premium, menggantikan tempat Honor 50 yang dilancarkan tahun lepas. Ia juga diposisikan lebih baik daripada siri Honor X.



Harga dan jualan

Telefon pintar Honor 70 akan mula dijual di Malaysia dengan harga rasminya seperti berikut:

  • Honor 70 (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM1,999

Tempahan awal untuk Honor 70 akan dibuka mulai 18 Ogos 2022, pukul 9.30 malam di mana hadiah percuma disediakan. Pembeli terawal dalam tempoh promosi akan menerima hadiah bernilai RM597 iaitu fon telinga Honor Earbuds 2 Lite, casing Honor 70 dan jaminan lanjutan tahun ke-2.



Orang ramai boleh membuat tempahan awal di secara atas talian di laman web Hihonor.com, stor Honor di Lazada dan Shopee, serta luar talian di Stor fizikal Honor Malaysia, Courts, Harvey Norman, Senheng, Senq dan Urban Republic.

Spesifikasi Honor 70

Kuasa kelas pertengahan di Honor 70 digerakkan oleh pemproses Snapdragon 778G+, naik taraf daripada Snapdragon 778G di Honor 50. RAM diberikan sebesar 8GB, manakala storan pula 256GB. Tiada slot kad mikroSD untuk menambah storan.

Skrin Honor 70 jenis OLED yang melengkung di kedua-dua sisi. Ia seluas 6.67-inci, dengan resolusi HD Penuh dan kadar penyegaran 120Hz. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin dan lubang di dahi skrin menempatkan kamera hadapan Super Clear Selfie 32MP.

Menampilkan dua bulatan besar di belakang, ia memuatkan kamera utama Super Sensing 54MP F1.9 yang menggunakan sensor Sony IMX800, dikatakan pertama ada di telefon pintar. Selain itu, ia dilengkapi kamera ultra lebar 50MP F2.2 dan kamera potret 2MP F2.4. Satu lagi bulatan kecil adalah LED Flash. Tiada penstabil imej optikal pada kamera ini.

Tenaga disalurkan daripada bateri berkapasiti 4,800mAh dan ia menyokong pengecasan pantas SuperCharge 66W menerusi USB-C. Dikatakan mengambil masa hanya 20 minit untuk mengecas dari 0 ke 60%. Kepala pengecas 66W dan kabel USB-C diberikan bersama di dalam kotak.

Sistem bunyi pada Honor 70 hanyalah mono, malah ia tiada jek audio 3.5mm. Sistem operasi pula menggunakan Magic UI 6.1 berasaskan Android 12.

Tags: honorHonor 70
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Honor 70: Maklumat penjualannya di Malaysia

Honor 70: Maklumat penjualannya di Malaysia

18 August 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER