• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Reels Facebook lebih menarik dengan 6 ciri baru, boleh jana pendapatan & tahu data terperinci berkaitan video

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:34 pm
  • 18/08/2022
  • Komen
Reels Facebook lebih menarik dengan 6 ciri baru, boleh jana pendapatan & tahu data terperinci berkaitan video
Share on FacebookShare on Twitter

Meta ketengahkan 6 ciri dan alat baru pada Reels yang kebanyakannya boleh digunakan di Facebook. Ada antaranya yang sudah tersedia di Reels Instagram dan ada juga yang baru diperkenalkan. Tapi semuanya nampak menarik dan seperti mampu menambah penggunaan Reels pada masa akan datang.

1. Tambah pelekat “Add Yours” pada Reels

Pelekat “Add Yours” ini amat popular di Stories. Saya sendiri lihat ramai yang menggunakannya untuk kongsikan gambar yang berkaitan dengan kenyataan pada pelekat itu. Kini pelekat “Add Yours” tersedia di Reels pula. Anda boleh gunakannya di Facebook dan Instagram. Apabila anda hasilkan pelekat ini, setiap Reels lain yang menggunakannya akan dipaparkan pada halaman khusus. Pengguna yang mencipta pelekat pula akan dipaparkan dengan jelas pada halaman itu.



2. Creator Studio untuk Facebook Reels

Dengan adanya Creator Studio ini, anda boleh lihat data yang berkaitan dengan Reels anda itu. Contohnya jumlah video itu dimainkan, berapa minit ia dimainkan dan purata masa menonton. Ini dapat bantu anda mengetahui video apa yang menarik minat oleh orang ramai sekaligus cipat banyak lagi video seperti itu.

3. Ciri memberi tip akan tersedia

Sementara itu, ciri memberi tip Facebook Stars akan tersedia tidak lama lagi kepada semua pencipta yang layak di platform itu. Ini merupakan cara baru untuk anda jana pendapatan melalui Reels. Apabila video yang dihasilkan itu menarik minat orang, sudah tentu akan ada yang membayarnya.



4. Remix Reels

Selain itu, Facebook juga perkenalkan ciri Remix untuk Reels di Facebook. Dengannya anda boleh gabungkan video anda dengan Reels lain. Ada dua pilihan tersedia untuk menggabungkannya, iaitu sama ada meletakan video anda selepas video asal atau pun menempatkan video anda bersebelahan video asal dalam satu frame yang sama.

5. Kongsikan Reels di Instagram ke Facebook

Dengan hanya satu butang sahaja, anda kini boleh raih lebih ramai penonton video Reels anda apabila anda kongsikannya dari Instagram ke Reels Facebook. Untuk lakukannya, anda hanya perlu tekan butang “Share to Facebook” sebelum anda muat naiknya di Reels Instagram.

6. Cipta Reels dari Stories

Di samping itu, Facebook turut menawarkan cara untuk anda hasilkan Reels secara automatik menggunakan Stories yang telah anda kongsikan. Maka, dengan ciri ini anda bolehlah hasilkan Reels di Facebook dengan mudah tanpa perlu lakukan rakaman lain.

Ciri yang baru diperkenalkan ini memang menarik dan nampaknya ia bakal memudahkan pencipta kandungan Reels mendapat lebih ramai penonton. Mana satu ciri baru yang anda suka? Saya sukakan ciri tip kerana ia membuka peluang kepada ramai pengguna untuk jana pendapatan sambil menggalakkan mereka mencipta lebih banyak video yang menghiburkan. Jadi, bolehlah penonton hargai pencipta video dengan memberi tip.

[Sumber: Engadget, Facebook]

Tags: FacebookFacebook Reels
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Reels Facebook lebih menarik dengan 6 ciri baru, boleh jana pendapatan & tahu data terperinci berkaitan video

Reels Facebook lebih menarik dengan 6 ciri baru, boleh jana pendapatan & tahu data terperinci berkaitan video

18 August 2022
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER