• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Kereta

TIPS: 10 cara mudah jimat minyak kereta

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:58 pm
  • 21/08/2022
  • Komen
TIPS: 10 cara mudah jimat minyak kereta
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda rasa runsing apabila perlu isi minyak kereta berulang kali dek kerana kerap menggunakannya? Walhal anda hanya pergi ke dua lokasi setiap hari iaitu pejabat dan hantar anak ke sekolah. Oleh itu, berikut merupakan cara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan penggunaan minyak kereta.

1. Selenggara kenderaan

Kereta yang diselenggara dengan baik biasanya menggunakan bahan api dengan lebih cekap. Jadi, pastikan anda jaga kenderaan anda contohnya dengan lakukan servis seperti yang telah dijadualkan. Ini sekaligus dapat selesaikan masalah kereta anda dengan cepat jika ada.



Sumber

2. Buang berat berlebihan

Kereta anda menggunakan lebih banyak bahan api jika ia berat. Satu cara untuk mengurangkan beratnya adalah dengan keluarkan apa-apa yang tidak digunakan daripada kereta anda. Contohnya tanggalkan rak bumbung, membuang sebarang sampah di dalam kereta dan kosongkan but kereta dari barang yang tidak diperlukan.

3. Angin tayar pada tekanan yang betul

Pastikan tekanan angin tayar kereta anda betul dan cukup. Tayar yang kurang angin akan mengakibatkan kereta menjadi berat dan penggunaan minyak akan bertambah akibat dari geseran yang berlebihan.



Sumber

4. Isi minyak ikut penggunaan

Sesetengah tangki bahan api boleh dipenuhi sehingga 109 liter minyak petrol, jadi itu adalah jumlah berat tambahan yang besar untuk dibawa ke mana-mana. Oleh itu, isi minyak kereta mengikut keperluaan sahaja. Perhatikan jumlah liter minyak yang selalu digunakan untuk bergerak ke sesebuah lokasi, contohnya tempat kerja. Jadi, dengan ketahui jumlah tersebut, anda hanya perlu isi minyak berdasarkan keperluan itu sahaja.

5. Pandu dengan lancar

Gaya pemanduan anda memberi impak besar pada jumlah petrol atau diesel yang digunakan. Cuba pandu dengan lancar contohnya pecut kenderaan secara perlahan-lahan. Kemudian, apabila menghampiri lampu isyarat yang sedang merah, cuba kurangkan pecutan dengan lebih awal. Ia bukan sahaja bantu anda menggunakan lebih sedikit bahan api, tetapi ini juga merupakan langkah pemanduan yang selamat.

6. Matikan kenderaan apabila berhenti lama

Membiarkan enjin kereta hidup semasa kereta berhenti menggunakan kira-kira setengah gelen hingga satu gelen bahan api setiap jam. Anda juga akan mengepam lebih karbon dioksida ke atmosfera. Tapi, anda boleh kurangkan pembakaran bahan api dengan mematikan enjin. Hanya hidupkannya semula apabila anda perlu bergerak.

7. Guna “Engine, Stop-Start” jika ada

Kalau kereta anda mempunyai sistem enjin stop-start, gunakannya. Membiarkan kaki pada clutch semasa berhenti di lampu isyarat boleh membazirkan bahan api. Sistem ini akan bantu menjimatkan minyak apabila anda membiarkan kereta berada dalam keadaan neutral.

8. Kurangkan penggunaan penghawa dingin

Bahan api digunakan setiap kali anda menyejukkan kereta dengan penghawa dingin. Jadi, hanya gunakannya jika anda benar-benar perlu. Penghawa dingin menggunakan kuasa enjin untuk berfungsi dengan baik, kerana itu ia meningkatkan penggunaan bahan api.

9. Guna Cruise Control

Salah satu cara untuk jimatkan minyak adalah dengan memandu pada kelajuan yang sama. Penggunaan Cruise Control boleh membantu anda. Anda boleh gunakannya apabila berada di lebuh raya. Jangan gunakannya ketika anda memandu menaiki bukit sebab sistem ini direka untuk digunakan di jalan rata pada kelajuan tetap dan ia memerlukan lebih banyak tenaga untuk mendaki bukit.

10. Tutup tingkap kereta

Tutup tingkap kereta untuk lancarkan pergerakan. Tingkap yang terbuka mengakibatkan kereta alami rintangan angin. Ia sekaligus menyebabkannya bergerak perlahan dan anda juga akan menekan minyak lebih banyak untuk bergerak.

Dengan lakukan perkara di atas, anda bolehlah jimatkan penggunaan minyak kereta sekaligus kawal perbelanjaan. Tak perlu lagi lalui masalah minyak kereta cepat habis dan hadkan perjalanan pada setiap hari.

[Sumber: Confused]

[Sumber gambar: Perakinsights]

Tags: minyak kereta
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 10 cara mudah jimat minyak kereta

TIPS: 10 cara mudah jimat minyak kereta

21 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER