• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Airasia beri diskaun Merdeka 31%, tempah sekarang tapi terbang tahun depan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:20 pm
  • 26/08/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos ini, AirAsia menawarkan diskaun 31% bagi semua tempat duduk untuk penerbangan yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia dengan kod penerbangan AK dan AirAsia X Malaysia dengan kod penerbangan D7. Diskaun ini boleh diperolehi melalui aplikasi AirAsia super App. Diskaun ini tersedia untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.

Tempahan boleh dilakukan sekarang sehingga 4 September 2022. Perjalanan pula adalah antara 6 Februari sehingga 31 Julai 2023. Diskaun 31% akan diberikan untuk anda terbang ke destinasi domestik popular seperti Pulau Pinang, Langkawi, Kota Kinabalu, Kuching, Johor Bahru dan banyak lagi. Anda juga boleh rebut peluang ini untuk beli tiket penerbangan pulang dari destinasi antarabangsa termasuklah Bangkok, Singapura, New Delhi, Perth, Melbourne, Sydney, Auckland dan pelbagai destinasi popular lain. Tapi untuk ke Seoul, hanya 20% diskaun disediakan.



Di samping itu, semua tempat duduk Premium Flatbed dalam penerbangan AirAsia X dengan kod penerbangan D7 juga ditawarkan diskaun 31%. Jika anda teringin untuk duduk di atas kerusi yang lebih selesa, ini adalah peluang yang terbaik untuk anda menempahnya. Bukan itu sahaja, AirAsia turut menawarkan tambahan diskaun RM15 kepada pemegang kad Visa. Jadikan kad Visa sebagai kaedah pembayaran pilihan dan belanja minimum RM200 untuk merebut promosi ini.

Berdasarkan carian saya untuk semua lokasi yang dinyatakan, memang ada diskaun harga 31% disediakan untuk penerbangan pergi dan balik. Tapi, diskaun ini tidak dijumpai untuk penerbangan pergi atau terbang dari Jakarta. Mungkin sistem AirAsia bermasalah semasa carian dilakukan atau Jakarta sebenarnya memang tidak termasuk di dalam diskaun penerbangan seperti yang dinyatakan pada poster.



Oleh itu, jika destinasi yang anda mahu kunjungi ada termasuk dalam promosi ini dan anda ingin menempah, muat turun aplikasi Airasia Super App di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei AppGallery sekarang untuk lakukan tempahan di sana.

[Sumber: AirAsia]

Tags: AirAsia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025

Airasia beri diskaun Merdeka 31%, tempah sekarang tapi terbang tahun depan

26 August 2022
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER