• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Keselamatan

TIPS: 6 cara memandu dengan tenang & selamat ketika hujan lebat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:30 am
  • 28/08/2022
  • Komen
TIPS: 6 cara memandu dengan tenang & selamat ketika hujan lebat
Share on FacebookShare on Twitter

Memandu di dalam hujan adakalanya menjadi satu perkara yang perlu dilakukan, lebih-lebih lagi jika kita berada di dalam situasi kecemasan. Contohnya perlu pulang ke kampung dari pejabat dengan segera, kerana ada ahli keluarga yang sakit. Situasi ini akan menjadi lebih mencabar apabila perlu memandu di dalam hujan yang sangat lebat ditambah dengan jalan yang licin.

Setiap individu sememangnya perlu lebih berhati-hati apabila melalui jalan yang basah. Oleh itu, bagi mengelakkan kemalangan, berikut merupakan tips keselamatan yang perlu anda ikut apabila memandu di dalam hujan.



1. Jaga jarak pemanduan

Sekiranya tidak hujan, jarak yang perlu anda patuhi ialah peraturan 2 saat. Tapi, jalan raya akan jadi licin semasa hujan. Jadi, jarak dengan kenderaan lain perlulah ditambah iaitu dengan patuhi peraturan 4 saat. Dengan jaga jarak, anda akan sempat bertindak balas jika berada di dalam situasi yang tidak dijangka. Contohnya, apabila kenderaan di depan anda berhenti secara tiba-tiba. Jika tidak menjaga jarak, mungkin pelanggaran akan berlaku.

2. Jangan nyalakan lampu kecemasan (hazard lamp)

Lampu hazard ini sepatutnya digunakan ketika anda berada di dalam kecemasan. Jika anda nyalakannya ketika memandu di dalam hujan, ia akan timbulkan kekeliruan pada pemandu lain dibelakang anda. Mereka mungkin akan ingat anda berhenti atau tidak bergerak. Apabila mereka cuba memotong anda, maka kemalangan mungkin akan berlaku. Selain itu, pemandu lain juga tidak akan tahu niat anda apabila anda ingin menukar lorong dek kerana fungsi signal tidak digunakan.



3. Pandu perlahan

Memandu dengan kelajuan melebihi 80km/j akan menyebabkan kenderaan meluncur, terutamanya ketika melalui jalan yang sangat licin. Hal ini berlaku apabila tayar tidak dapat mencengkam permukaan jalan raya. Jika tidak menjaga kelajuan, kenderaan anda mungkin akan hilang kawalan lalu terbabas.

4. Jangan tekan brek apabila terbabas

Sekiranya kenderaan anda terbabas atau hilang kawalan, cuba elak dari menekan padel brek kerana ia membuatkan kenderaan lebih sukar dikawal. Biarkan kenderaan anda meluncur dan kawalnya menggunakan stereng untuk halakannya ke arah yang selamat.

Sumber

5. Pandu di lorong tengah

Apabila memandu di lorong paling kanan, kenderaan dari arah berlawanan mungkin melanggar lopak air lalu menyebabkan air terpercik ke cermin kereta anda. Perkara ini merbahaya kerana air tersebut akan halang penglihatan anda dalam tempoh beberapa saat. Selain itu, lorong kiri dan kanan jalan kebiasaannya akan dibanjiri air semasa hujan. Lorong ini selalunya dibina lebih rendah daripada lorong tengah. Jadi, guna lorong tengah semasa memandu di dalam hujan untuk menjauhi lopak air dan mengelak dari air terpercik ke cermin kereta.

6. Berhenti seketika

Adakalanya hujan lebat akan menyebabkan penglihatan terjejas. Ini disebabkan oleh kabus dan cuaca yang gelap. Oleh itu, sekiranya anda rasa sukar untuk meredah hujan tersebut, sebaiknya anda berhenti dahulu di hentian rehat yang terdekat. Tunggu sehingga hujan reda sebelum menyambung semula perjalanan.

Sumber

Kemalangan jalan raya sangat mudah berlaku ketika hujan. Hal ini disebabkan pelbagai faktor seperti keadaan jalan yang licin, kenderaan banyak di atas jalan dan penglihatan yang terhad. Oleh itu, pandulah dengan berhati-hati sehingga sampai ke destinasi. Biar lambat, asalkan selamat.

[Sumber: MKN]

[Sumber gambar: BH]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: Cara pandu dengan selamat dalam jalan yang sesak
  • TIPS: 5 perkara boleh anda buat elak kesesakan jalan raya
  • TIPS: Periksa 6 perkara penting ini di kereta anda, sebelum mulakan perjalanan di Hari Raya
  • TIPS: 10 cara mudah jimat minyak kereta
Tags: memandutips
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 6 cara memandu dengan tenang & selamat ketika hujan lebat

TIPS: 6 cara memandu dengan tenang & selamat ketika hujan lebat

28 August 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER