• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

ChargeSini bantu jadikan parkir mesra kenderaan elektrik (EV) dan jana pendapatan buat pemilik parkir

  • OLEH Najib
  • 11:54 am
  • 05/09/2022
  • Komen
ChargeSini bantu jadikan parkir mesra kenderaan elektrik (EV) dan jana pendapatan buat pemilik parkir
Share on FacebookShare on Twitter

Kenderaan eletrik (EV) semakin mendapat tempat di Malaysia, berikutan pelbagai insentif dan rebat diberikan kerajaan beberapa tahun kebelakangan ini. Tetapi masalah utama kenapa orang ramai masih ragu-ragu untuk memiliki EV, adalah tempat mengecas. Walaupun sudah banyak usaha dipergiat oleh pelbagai syarikat untuk memasang tempat mengecas pantas EV, ia masih kelihatan tidak mencukupi.

Tetapi jika anda ada ruang meletak kenderaan (parkir) yang boleh diubah menjadi tempat mengecas EV sambil menjana pendapatan, adakah anda berminat? Perkara ini kini ada ditawarkan oleh ChargeSini.



Dari perkongsian di Facebook ChargeSini, mereka menawarkan peluang perniagaan kepada orang ramai, dengan menukar parkir kepada stesen mengecas EV. Dengan adanya stesen ini, ia boleh menarik lebih ramai pemilik EV ke tempat anda. Malah, ia dikatakan boleh menjana pendapatan sekitar RM64,000 ke RM300,000 setahun.

ChargeSini turut menyatakan, pendapatan sampingan stesen pengecas ini tidak memerlukan sebarang perbelanjaan. Tetapi ia pasti penuh dengan terma dan syarat, kerana pengurusan stesen pengecas ini tidak semudah pasang dan tinggal.



Perkhidmatan yang disediakan ChargeSini bukan sahaja pemasangan stesen pengecas, tetapi meliputi sistem untuk menguruskan stesen pengecas seperti menguruskan aliran tenaga, harga, bil, akses dan sebagainya. Selain itu, platform pembayaran juga perlu ditetapkan. ChargeSini menyebut, mereka membantu menyediakan semua perkara ini untuk memastikan ia berjalan lancar.

Untuk makluman, ChargeSini menggunakan teknologi pengecas yang dihasilkan oleh Sangitech. Produk Sangitech juga telah menerima pengiktirafan MyHIJAU, bermakna ia disahkan oleh kerajaan Malaysia kerana menepati standard alam sekitar tempatan dan antarabangsa.

Sudah ada pengguna ChargeSini? Berapa harga?

Facebook ChargeSini berkongsi tentang dua lokasi produk mereka telah digunakan, iaitu di Raytech Kajang dan Raytech Bangi. Raytech adalah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pemasangan filem penapis cermin kenderaan. Dengan adanya stesen pengecas ini, pasti menarik minat pemilik EV memasang filem penapis di Raytech.

Dari gambar yang dikongsikan, ia menggunakan model NEXUS 22kW AC. Model ini menyokong pengecas Type-1 dan Type 2, dengan kuasa mengecas 7kW, 11kW dan 22kW.

Bagaimanapun, tidak dipastikan apakah cara pembayaran yang disediakan. Ini kerana ChargeSini mengatakan mereka ada menyediakan aplikasi tersendiri. Tetapi aplikasi ChargeSini, masih belum tersedia di Apple Appstore dan Google Playstore.

Ruangan soalan lazim FAQ ChargeSini pula meletakkan harga mengecas seperti berikut:

  • Bayaran Pengesahan – RM5 (akan dipulangkan)
  • Bayaran mengecas – RM22 setiap 5 minit
  • Bayaran semasa tidak mengecas – RM 10.00/jam

Sebenarnya, sukar untuk mengambil perhatian FAQ ini kerana banyak perkara masih tidak lengkap. ChargeSini perlu mengemaskini laman web mereka dengan maklumat terkini supaya lebih menarik perhatian pengunjung.

Sudah bersedia menukar parkir kepada stesen pengecas EV?

Jika anda rasa sangat berminat dengan tawaran perniagaan stesen pengecas EV di parkir, maka anda boleh menghubungi ChargeSini di talian 011-16381880 atau WhatsApp ke nombor yang sama.

Anda juga boleh melayari Facebook ChargeSini dan Facebook Sangitech, serta laman web ChargeSini dan Sangitech untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tags: ChargeSiniEV
Najib

Najib

POPULAR

ChargeSini bantu jadikan parkir mesra kenderaan elektrik (EV) dan jana pendapatan buat pemilik parkir

ChargeSini bantu jadikan parkir mesra kenderaan elektrik (EV) dan jana pendapatan buat pemilik parkir

5 September 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN