• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Tablet

5 tablet terbaik & hebat di Malaysia bawah RM2000 (2022)

  • OLEH Fatin Amanina
  • 3:19 pm
  • 08/09/2022
  • Komen
5 tablet terbaik & hebat di Malaysia bawah RM2000 (2022)
Share on FacebookShare on Twitter

Sedang cari tablet terbaik dengan harga bawah RM2,000? Ini saya ketengahkan 5 jenis tablet yang miliki pelbagai spesifikasi hebat. Ada yang disertakan dengan pen stylus, ada yang ringan, ada yang bateri besar dan ada jugak yang disertakan kemaskini panjang. Anda boleh pilih mana satu yang berbaloi untuk digunakan, mengikut bajet anda. Tapi, jika anda mahukan tablet murah di bawah RM1000, anda boleh lihat senarainya di sini.

1. Huawei MatePad 11

Huawei MatePad 11 berharga RM1,999. Ia disertakan RAM 6GB dan Storan 128GB. Yang menariknya, tablet ini disertakan Huawei M-Pencil. Jadi anda boleh lukis atau tulis nota guna pensil yang disertakan. Tak perlu bersusah payah untuk beli berasingan. Ia juga sokong HUAWEI Smart Magnetic Keyboard. Dengannya bolehlah anda tukar tablet menjadi laptop. Tapi, walaupun spesifikasinya hebat, malangnya ia tiada sokongan perkhidmatan Google secara rasmi.



Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

2. Samsung Galaxy Tab S7 FE WiFi 

Samsung Galaxy Tab S7 FE WiFi berharga RM1899. Ia ada bateri paling besar dalam senarai iaitu 10,090mAh dan sokong pengecasan 45W. Dikatakan, dengan kapasiti bateri itu, anda boleh tonton video selama kira-kira 13 jam! Skrin juga besar, berukuran 12.4” TFT. Memang seronok untuk tonton video atau sertau mesyuarat dalam talian. Tanpa perlu bayaran tambahan, Samsung Galaxy Tab S7 FE juga didatangkan dengan S Pen di dalam kotak.



Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

3. iPad 10.2” WiFi (Gen-9)

iPad Gen-9 10.2” model Wifi berharga serendah RM1499. RAM 3GB dan storan bermula dari 64GB. Ia boleh digunakan bersama Apple Pencil (1st gen) dan Smart Keyboard, tapi ia perlu dibeli secara berasingan. Salah satu kelebihan terbesar gunakan iPad ialah, ia boleh kemaskini sistem operasi yang panjang, sehingga bertahun-tahun.

iPad Gen-9 10.2” Wifi menggunakan sistem operasi iPadOS 15. Sistem operasi ni dilancarkan secara rasmi pada 20 September 2021. Ia boleh digunakan dari iPad generasi ke 5 yang dilancar 2017. Maknanya, iPad boleh dapat kemaskini OS sekurang kurangnya 5 tahun.

Pembelian boleh dilakukan di Shopee dan Lazada.

4. Xiaomi Pad 5

Harga Xiaomi Pad 5 bermula dari RM1399. Anda boleh dapat bateri besar dengan kapasiti 8,720mAh. Skrin pula miliki kadar penyegaran 120hz. Lagi hebat, Xiaomi Pad 5 ni ada cip flagship Snapdragon 860, paling berkuasa untuk tablet Android dalam senarai ini. Jika perlukan aksesori, anda boleh gandingkannya bersama pen stylus Xiaomi Smart Pen. 

Tablet ini boleh didapatkan melalui Shopee dan Lazada.

5. Oppo Pad Air

Oppo Pad Air dijual pada harga RM1099. Badannya nipis, berukuran 6.94mm sahaja. Berat pula 440g, sesuai jika anda mahukan tablet yang ringan. Badannya juga cantik, ada tekstur 3D. Tapi, baterinya kecil iaitu 7,100mAh sahaja. 

Anda boleh dapatkannya di Shopee dan Lazada.

Tags: tablettablet malaysiatablet murah
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
5 tablet terbaik & hebat di Malaysia bawah RM2000 (2022)

5 tablet terbaik & hebat di Malaysia bawah RM2000 (2022)

8 September 2022
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER