• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iOS 16 sedia dimuat turun pengguna di Malaysia dan seluruh dunia, pastikan sambung ke WiFi kerana saiz sangat besar

  • OLEH Najib
  • 10:45 am
  • 13/09/2022
  • Komen
iOS 16 sedia dimuat turun pengguna di Malaysia dan seluruh dunia, pastikan sambung ke WiFi kerana saiz sangat besar
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Apple telah melepaskan versi terkini sistem operasi untuk iPhone iaitu iOS 16. Ia dibuat sejurus pelancaran model terbaru mereka, siri iPhone 14 yang kini hadir dalam empat model iaitu iPhone 14, iPhone 14 Plus, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Jika anda tidak menerima notis mengenai kesediaan iOS 16 di iPhone, anda boleh memulakan pemasangan secara manual dengan pergi ke bahagian Settings > General > Software Update. Saiz fail sekitar 3GB, bergantung kepada model iPhone dan versi iOS sedia ada. Jika data mudah alih anda terhad, pastikan anda bersambung ke WiFi dahulu.



Mungkin ada yang terkejut melihat adanya kemaskini iOS 15.7 tetapi usah khuatir. Anda boleh terus memuat turun kemaskini iOS 16 dengan memilih iOS 16 di bawah.

Tetapi sebelum itu, pastikan peranti anda boleh memasang iOS 16 dahulu. Ini kerana model paling lama serasi iOS 16 adalah iPhone 8 dan iPhone SE Gen-2. Model sebelum itu seperti iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone SE (gen-1) yang menerima kemaskini sehingga iOS 15, tidak lagi boleh memasang iOS 16.



Berikut adalah model yang sedia dipasang iOS 16:

  • iPhone 14
  • iPhone 14 Plus
  • iPhone 14 Pro
  • iPhone 14 Pro Max
  • iPhone 13
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max
  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone XR
  • iPhone X
  • iPhone 8
  • iPhone 8 Plus
  • iPhone SE (gen-2)
  • iPhone SE (gen-3)

iOS 16 membawakan beberapa pembaharuan seperti skrin kunci boleh diubahsuai, widget baru bersama Live Activities, perkongsian galeri gambar iCloud, Messages dinaik taraf dengan SharePlay dan banyak lagi.

Anda boleh semak ciri-ciri baharu di iOS 16 dalam artikel kami di sini.

Bacaan Berkaitan

  • WWDC 2022: iOS 16 tidak lagi sokong iPhone 6s, iPhone 7 dan iPhone SE
  • WWDC 2022: iOS 16 jadikan kunci skrin interaktif, benarkan Messages diedit
  • iOS 16 sokong Pro Controller dan Joy-Con Nintendo secara natif
  • iOS 16 akan mudahkan alih eSIM ke iPhone lain, masih susah di Malaysia
  • Dengan ciri ini, pengguna iOS 16 tak perlu buktikan anda adalah manusia
  • iOS 16: muat turun mulai 12 september, semak iPhone yang serasi & ciri paling menarik
Tags: appleapple iphoneiOS 16
Najib

Najib

POPULAR

iOS 16 sedia dimuat turun pengguna di Malaysia dan seluruh dunia, pastikan sambung ke WiFi kerana saiz sangat besar

iOS 16 sedia dimuat turun pengguna di Malaysia dan seluruh dunia, pastikan sambung ke WiFi kerana saiz sangat besar

13 September 2022
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

Denza Z9 GT kini rasmi di Malaysia, EV berkuasa 1,140hp dengan harga bermula RM358,800

16 July 2026
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN