• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone 14 Pro dengan Dynamic Island & Poco M5s telefon pertama Poco tanpa pengecas | SBM #82

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:34 pm
  • 15/09/2022
  • Komen
iPhone 14 Pro dengan Dynamic Island & Poco M5s telefon pertama Poco tanpa pengecas | SBM #82
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang saya akan kongsikan adalah tentang pelancaran siri iPhone 14 beserta sejumlah produk lain. Kemudian, berita tentang pengguna demonstrasi cara untuk guna RFID yang sama di kereta berbeza, tapi anda berdepan risiko disenarai hitam. Ada juga berita tentang bagaimana anda boleh jana lebih RM300 ribu setahun hanya dengan sewakan tempat parkir anda, dan banyak lagi berita menarik seputar minggu sudah.

1. iPhone 14 Pro dengan Dynamic Island & AirPods Pro 2

Apple di acara Far Out mereka telah melancarkan keluarga iPhone 14 beserta sejumlah produk baharu lain. Pada varian iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max, mereka memperkenalkan ciri baharu iaitu Dynamic Island yang dikatakan ramai sebagai cara bijak Apple memanfaatkan lubang di bahagian paparannya.



Berita lanjut di sini, 2, dan 3

2. TikToker demonstrasi cara guna satu RFID di kenderaan lain, anda perlu fikir dua kali sebelum tirunya

Ada segolongan bijak pandai yang mencari solusi kepada masalah ini. Juga sama seperti pelekat cukai jalan, ada pengguna yang menampal tag RFID mereka di atas sekeping plastik akrilik. Hasilnya, tag RFID ini boleh dibawa ke mana-mana dan tidak lagi ditambat pada kereta itu.



Berita lanjut di sini.

3. ChargeSini bantu jadikan parkir mesra kenderaan elektrik (EV) dan jana pendapatan buat pemilik parkir

ChargeSini menyeru anda yang ingin menjana pendapatan pasif dengan menyewakan tempat letak kereta anda untuk dijadikan lokasi pengecasan kereta elektrik. Anda boleh jana lebih RM300 ribu setahun kalau kena dengan caranya.

Berita lajut di sini.

4. Poco M5 dan Poco M5s dilancar, telefon pertama Poco tanpa pengecas dalam kotak

Barisan peranti Poco menjadi semakin sukar untuk dipilih apabila Poco mengumumkan ketibaan dua telefon pintar baru, Poco M5 dan Poco M5s. Ia boleh dikatakan peranti kelas pertengahan yang tidak menyokong 5G. Cuma, agak pelik apabila Poco M5 dengan prestasi lebih tinggi daripada Poco M5s, dijual pada harga lebih murah. Menariknya, pelancaran antarabangsa ini disusuli dengan pengumuman jualan di Malaysia tidak lama lagi.

Berita lajut di sini.

5. Pas baru TuneTalk JIMAT beri data tanpa had dengan kelajuan berbeza, FUP 5GB dan harga ikut bayaran pendahuluan

TuneTalk kini memperbaharui tawaran pelan tanpa had mereka, dengan melancarkan Pek JIMAT. Terdapat tiga pelan di dalam pek ini iaitu Fokus 33, Fokus 40 dan Bebas 50. Bagaimanapun, pelan ini ada terlalu banyak terma dan syarat. Jika anda tidak teliti dengan terma dan syarat yagn ditetapkan, anda pasti akan lebih tertekan kerana tidak faham tentang sekatan yang dikenakan.

Berita lajut di sini.

Tags: appleapple iphone 14ChargeSiniEViphoneiphone 14PocoPoco m5Poco M5srfidSBMtelcotngtunetalk
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
iPhone 14 Pro dengan Dynamic Island & Poco M5s telefon pertama Poco tanpa pengecas | SBM #82

iPhone 14 Pro dengan Dynamic Island & Poco M5s telefon pertama Poco tanpa pengecas | SBM #82

15 September 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER