• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Harga APP di Apple App Store naik bermula 5 Oktober 2022, ini info tentang berapa banyak kenaikan akan berlaku

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:35 am
  • 21/09/2022
  • Komen
Harga APP di Apple App Store naik bermula 5 Oktober 2022, ini info tentang berapa banyak kenaikan akan berlaku
Share on FacebookShare on Twitter

Apple mengumumkan akan terdapat penyelarasan harga bakal berlaku untuk kandungan App Store mereka. Menurut utusan tersebut, harga yang terlibat adalah harga APP beserta harga in-app purchase (IAP). Harga untuk langganan dengan fungsi autoperbaharu dikatakan tidak terlibat.

Malaysia adalah antara salah satu pasaran yang mengalami kenaikan ini bersama-sama Chile, Mesir, Jepun, Pakistan, Poland, Korea Selatan, Sweden, Vietnam, dan semua pasaran yang mengguna pakai matawang Euro.



Langkah ini mungkin ada kaitan dengan inflasi yang agak teruk dialami pasaran kita. Ia bermula dengan kenaikan sehingga RM700 untuk sebuah iPhone 14 walaupun harga untuk siri itu di A.S sana tidak berubah daripada siri Iphone 13.

Harga iPhone 14 di Malaysia diumum lebih mahal, naik sehingga RM700 berbanding iPhone 13



Berapa banyak kenaikkan akan berlaku?

Tiada satu nombor khas dikongsikan bagi menunjukkan berapa banyak kenaikkan dikenakan. Namun apa yang perlu anda fahami adalah, mekanisme harga dalam ekosistem pembangun aplikasi Apple adalah berdasarkan Tier. Khas untuk harga APP dan IAP sebanyak 94 tier ditetapkan.

Untuk penetapan harga, pembangun perlu memilih mana-mana Tier berkenaan dan tidak boleh menetapkan harga sesuka hati. Oleh sebab itulah anda lihat harga bila anda nak beli matawang dalam talian adalah hampir serupa tak kiralah APP mana anda gunakan. Berikut adalah contoh senarai APP permainan terkenal dengan harga baharu dan lama berdasarkan tier baharu yang telah diumumkan Apple.

Jika anda perhatikan, tidak semua tier menerima kenaikkan. Contohnya, APP yang harganya RM0.90, RM1.90 berada dalam kategori alternative tier. Kemudian, tier yang lebih atas seperti RM399.90, RM199.90 masih kekal, mungkin bahagian ini tidak terlalu banyak transaksi yang dilihat tidak menguntungkan pun kalau dinaikkan.

Sumber: Apple

Tags: appleappstoreiOSipadosmacos
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Harga APP di Apple App Store naik bermula 5 Oktober 2022, ini info tentang berapa banyak kenaikan akan berlaku

Harga APP di Apple App Store naik bermula 5 Oktober 2022, ini info tentang berapa banyak kenaikan akan berlaku

21 September 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN