• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

TIPS iOS 16: Cara padam mesej di iPhone tanpa dikesan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:39 pm
  • 23/09/2022
  • Komen
TIPS iOS 16: Cara padam mesej di iPhone tanpa dikesan
Share on FacebookShare on Twitter

Pada kemaskini iOS 16, pengguna dibenarkan untuk tarik dan sunting semula mesej yang sudah dihantar pada platform iMessage. Jadi, bolehlah betulkan mesej kalau ada salah ejaan dan boleh tarik semula mesej kalau hantar pada orang yang salah. Anda pernah lalui situasi itu?

Ciri ini memang berguna tapi ada had masa yang perlu anda ketahui. Anda hanya boleh sunting mesej15 minit selepas ia dihantar dan tarik balik mesej itu dalam masa 2 minit selepas anda hantarnya. Mesej itu akan hilang selepas anda batalkan, tapi pengguna iOS versi lama masih dapat lihat mesej yang ditarik balik. Berikut merupakan cara untuk sunting dan batalkan mesej yang sudah di hantar:



  1. Dalam Messages, tekan pada mesej yang anda nak batalkan
  2. Pada menu yang timbul, pilih Undo Send
  3. Seterusnya, mesej yang anda pilih itu akan hilang

Untuk sunting mesej pula, ini caranya:

  1. Dalam Messages, tekan pada mesej yang anda nak sunting
  2. Pada menu yang timbul, pilih Edit
  3. Kemudian, satu kotak kecil akan keluar. Anda boleh tulis semula mesej untuk baiki mesej anda sebelum itu.
  4. Setelah selesai, tekan tanda semak pada bahagian kanan
  5. Mesej yang sudah disunting akan muncul dalam perbualan

Ada butang Hide Edited muncul pada bawah mesej yang sudah disunting. Jadi, penerima mesej akan tahu jika mesej itu telah disunting dan mereka juga boleh lihat mesej asal di situ.



Senang sahaja kan? Tapi ciri ini hanya boleh digunakan pada Messages. Kalau anda sering gunakan WhatsApp, anda tidak boleh sunting mesej di sana, ia hanya boleh dipadam setelah anda hantar, tapi penerima akan tetap tahu jika anda padam sesebuah mesej di situ.

[Sumber: Tomsguide]

Tags: appleiOS 16iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS iOS 16: Cara padam mesej di iPhone tanpa dikesan

TIPS iOS 16: Cara padam mesej di iPhone tanpa dikesan

23 September 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN