• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Apple Watch Ultra didera teruk menggunakan tukul besi, anda pasti terkejut dengan hasilnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:39 pm
  • 26/09/2022
  • Komen
Apple Watch Ultra didera teruk menggunakan tukul besi, anda pasti terkejut dengan hasilnya
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Watch Ultra adalah jam tangan Apple yang paling teguh pernah dibina. Badannya diperbuat daripada titanium manakala paparannya dilindungi kristal nilam. Tidaklah menghairankan, sebuah jam berharga RM3,799 pastinya perlu memiliki ciri-ciri premium seperti ini.

Tapi adakah ia sekadar gah di atas helaian spesifikasi?



Ada satu saluran YouTube ini mereka menguji keteguhan Watch Ultra. Ujian dimulakan dengan jam tangan dijatuhkan daripada paras dada. Menurut pengutus video, Apple Watch generasi pertamanya pecah pada paras itu. Tapi Watch Ultra tidak menghadapi masalah dalam ujian tersebut kecuali sedikit calar dan sumbing pada badan titaniumnya.

Kemudian, jam dimasukkan ke dalam bekas yang mengandungi paku karat. Bekas digoncang-goncangkan supaya paku bergesel dengan jam tangan. Sekali lagi jam ini tetap utuh berfungsi tanpa sebarang calar. Yang terkesan cumalah tali jam yang kotor dek habuk karat.



Ujian paling ganas adalah menggunakan tukul besi yang biasanya digunakan untuk meruntuhkan dinding batu. Hasil ujian agak mengejutkan kerana jam tangan mampu menerima ketukan demi ketukan. Apa yang menariknya dalam ujian ini, meja yang menjadi lapik kepada Apple Watch Ultra retak dahulu. Kemudian, sedikit demi sedikit kekuatan hentakan dinaikkan sehinggalah paparannya hancur.

Apple Watch Ultra masih belum mula dijual di Malaysia. Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman rasmi produk.

Untuk pengetahuan anda, saluran YouTube yang sama telah menguji fungsi Crash Detection pada iPhone 14 Pro. Dalam video yang mere kongsikan, telefon itu berjaya mengesan kemalangan dengan jayanya.

Tags: appleapple watchapple watch ultrajam tanganperanti boleh pakaiwearable
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Apple Watch Ultra didera teruk menggunakan tukul besi, anda pasti terkejut dengan hasilnya

Apple Watch Ultra didera teruk menggunakan tukul besi, anda pasti terkejut dengan hasilnya

26 September 2022
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

Penduduk Johor boleh jimat bil air RM10.50/bulan dengan pelan Jalur Lebar Yes 5G

3 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN