• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Untuk ubah haluan asteroid, NASA hantar satelit untuk berlanggar dengannya. Berjayakah mereka?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:30 am
  • 27/09/2022
  • Komen
Untuk ubah haluan asteroid, NASA hantar satelit untuk berlanggar dengannya. Berjayakah mereka?
Share on FacebookShare on Twitter

Kedengaran seperti sebuah movie, tapi ia memang berlaku. Sebuah objek buatan manusia telah dihalakan ke sebuah asteroid untuk berlanggar, dengan sengaja. Ia adalah satu eksperimen yang dijalankan oleh NASA dalam uji kaji pembangunan sistem pertahanan bumi daripada hentaman objek angkasa.

Objek yang dihantar manusia itu dikenali NASA sebagai Double Asteroid Redirection Test (DART). Asteroid pula adalah salah satu ahli dalam sistem binari yang terdiri daripada Dimorphos (diameter 163m) yang mengelilingi Dydymos (diameter 780m).



Kayu ukur keberjayaan eksperimen ini terletak pada perubahan orbit Dymorphos selepas hentaman. Mengikut perkiraan, orbit Dimorphos akan mengecil hasil pelanggaran. Kejituan perkiraan NASA amat mengagumkan. Mereka melaporkan yang hentaman tersasar sekitar 17m sahaja daripada sasaran. Untuk perspektif, DART menuju ke Dimorphos pada kelajuan 22,000 km/j ataupun 6km/s.

Bukan setakat asteroid sahaja ada sistem binari, DART juga adalah sebuah sistem binari. Selain objek yang menghentam, DART juga dipantau oleh satu satelit kecil lain menggunakan kamera yang menghantar suapan ke bumi. LiciaCube telah menghantar hasil cerapannya ke bumi dan para pengkaji di bumi akan menerimanya dalam masa beberapa hari lagi bagi melakukan simpulan sama ada orbit Dymorphos berjaya diubah ataupun tidak.



Tidak terhenti di situ, Agensi Angkasa Eropah (ESA) pula akan menghantar satelit ke sistem Dydymos dan Dymorphos untuk melakukan lawatan susulan dalam masa empat tahun lagi.

Sumber: BBC

Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Untuk ubah haluan asteroid, NASA hantar satelit untuk berlanggar dengannya. Berjayakah mereka?

Untuk ubah haluan asteroid, NASA hantar satelit untuk berlanggar dengannya. Berjayakah mereka?

27 September 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN