• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

India mahu telefon yang dijual di negaranya sokong NavIC, alternatif kepada GPS

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:52 pm
  • 28/09/2022
  • Komen
Geely Akan Lancar Satelit Sendiri Sebelum Tahun 2021
Share on FacebookShare on Twitter

NaVIC adalah sistem satelit penjejak yang dikendalikan negara India. Ia adalah pesaing kepada GPS (Amerika Syarikat), Beidou (China), GLONASS (Russia), Galileo (Eropah) dan beberapa lagi sistem lebih kecil di luar sana. Sistem ini telahpun berfungsi sejak 2018 untuk sistem penjejak kenderaan awam dan kini, kerajaan India ingin pengeluar telefon pintar untuk menyokongnya juga seawal mungkin.

1 Januari 2023 adalah tarikh cadangan. Namun berdasarkan hasil perbincangan menerusi pertemuan yang diadakan dengan Apple, Xiaomi, Samsung, dan lain-lain pengeluar, tarikh tersebut didapati tidak realistik menurut pihak pengeluar. Mereka mengatakan yang ia mungkin akan meningkatkan kos penghasilan produk.



Untuk pengetahuan anda, bermula Snapdragon 865 semua cip yang dilancarkan oleh Qualcomm menyokong NaVIC. Adalah terletak di bahu pengeluar telefon sama ada mereka ingin mengaktifkan fungsi itu ataupun tidak. Realme X50 Pro adalah telefon pertama yang menyokong NaVIC.

Realme X50 Pro adalah telefon pertama yang menyokong NaVIC.

Walau bagaiamanpun, pihak Qualcomm mengingatkan bahawa kalaupun NaVIC disokong sesuatu telefon, ia tidak bermakna pengguna boleh menetapkan telefon untuk hanya menerima isyarat satelit India itu, sebaliknya sistem akan menerima isyarat daripada mana-mana yang lebih kuat.



Cakupan operasi NaVIC

Di pihak India, adalah munasabah untuk pihaknya membangunkan sistem penjejak sendiri. Pencetusnya adalah pada Perang India-Pakistan di Kargil tahun 1999. Bila pihak Pakistan mula mengerahkan tenteranya di wilayah Kargil, India telah memohon maklumat GPS daripada Amerika Syarikat untuk melakukan perancangan.

Malangnya permohonan itu telah ditolak. Makanya, ahli pertama gugusan satelit NaVIC telah dilancarkan dalam bulan Julai 2014 selepas puluhan tahun mengkaji.

Tags: gpsindianavicsatelit
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Geely Akan Lancar Satelit Sendiri Sebelum Tahun 2021

India mahu telefon yang dijual di negaranya sokong NavIC, alternatif kepada GPS

28 September 2022
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN