• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google lancarkan siri Pixel 7, banyak naik taraf tapi harga masih sama seperti Pixel 6

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:58 pm
  • 06/10/2022
  • Komen
Google lancarkan siri Pixel 7, banyak naik taraf tapi harga masih sama seperti Pixel 6
Share on FacebookShare on Twitter

Google secara rasminya telah mengumumkan siri Pixel 7. Ada dua varian yang ditawarkan seperti generasi sebelumnya. Kali ini nama yang diberi ialah Pixel 7 Pro dan Pixel 7. Antara naik taraf yang signifikan pada siri kali ini adalah pada pengenalan SoC baharu iaitu Tensor G2. Beberapa manfaat yang boleh dituai daripada cip yang lebih berkuasa terletak pada keupayaan kamera yang lebih baik terutamanya pada sudut computational photography.

Spesifikasi Pixel 7 Pro

Pixel 7 Pro adalah varian paling berspesifikasi tinggi antara dua yang dilancarkan dan ia juga adalah yang paling besar. Bermula dengan paparan, Pixel 7 Pro diberikan panel paparan LTPO OLED 6.7” pada resolusi QHD+ (1440 x 3120). Kadar segar semula paparan telefon ini adalah sehingga 120Hz dan ia juga menyokong HDR bermakna kecerahannya boleh melangkaui 1,000 nits jika perlu.



Atas papan utama, Google memberikan telefon ini SoC Google Tensor G2 yang baharu. SoC itu digandingkan dengan RAM seluas 12GB LPDDR5. Sebanyak 3 pilihan storan disediakan iaitu 128GB, 256GB dan 512GB. Agak pelik kenapa telefon sepremium ini tiada pilihan 1TB seperti yang ditawarkan pesaing Apple dan Samsung.

Di bahagian pengimejan, Google katakan inilah kamera paling berkuasa pada Pixel setakat ini. Tidaklah mengejutkan kerana memang itulah fungsi kemas kini tahunan pada produk-produk kepenggunaan. Bermula dengan komponen kamera belakang, ia ada kamera utama 50MP. Kemudian, ia juga ada kamera ultralbear 12MP dengan autofokus dan kamera terakhir adalah kamera telefoto 48MP yang ada 5 kali zum optikal. Kamera telefoto ini juga, selain zum optikal ia juga menyokong zum hibrid yang digelar Google sebagai Super Res Zoom. Ia boleh mengezum sehingga 30 kali. Di bahagian depan, pengguna diberikan kamera 10.8MP dan kamera yang sama turut hadir pada Pixel 7.



Bersama-sama sistem kamera ini dan pemproses Google Tensor G2 yang baharu, pengeluarnya membawakan kemas kini pada banyak ciri-ciri computational photography yang sememangnya tunjang belakang kepada siri Pixel. Menurut Google, ciri seperti pemerosesan Night Sight kini 2 kali lebih pantas berbanding sebelumnya.

Membekalkan bateri kepada telefon ini adalah sistem bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas. Telefon ini juga menyokong pengecasan wayarles masuk dan keluar.

Lain-lain ciri menarik yang perlu anda tahu adalah ia kalis air pada penawaran IP68 dan sepasang speaker stereo hadir di sisi telefon bagi menambah baik pengalaman multimedia anda.

Spesifikasi Pixel 7

Ini adalah varian yang lebih mampu milik. Bukan setakat mampu milik, ia lebih kompak dan sangat sesuai untuk pengguna yang mencari telefon berfizikaliti begitu. Tapi tidaklah bermakna bahagian dalamnya menerima turun taraf. Atas papan utama, ia masih diperkasa SoC Google Tensor G2 yang baharu dan pengeluarnya membekalkan RAM 8GB pada Pixel 7. Dua pilihan storan yang mereka sediakan adalah 128GB ataupun 256GB.

Berundur sikit keluar, panel paparannya adalah berjenis OLED pada resolusi FHD+ (1080 x 2400). Panel paparan ini sedikit rendah spesifikasi berbanding varian Pro. Contohnya kadar segar semula berada pada paras 90Hz tapi masih tetap menyokong HDR dan tahap kecerahan boleh mencecah 1,400 nits jika perlu.

Disebabkan telefon ini secara fizikalnya lebih kecil, baterinya turut dikecilkan kepada 4,355mAh. Berita baiknya, mereka masih mewarisi ciri-ciri pengecasan varian Pro sepreti pengecasan pantas serta pengecasan wayarles masuk dan keluar.

Untuk kelengkapan pengimejan, semuanya sama sahaja seperti Pixel 7 Pro kecuali versi bukan pro tidak didatangkan dengan kamera telefoto 5 kali zum optikal. Jadinya, anda dapat kamera utama 50MP dan kamera ultralebar 48MP. Selfie pula diambil menggunakan kamera 10.8MP.

Seperti varian Pro, Pixel 7 juga ada spaker stereo dan ia tahan air pada paras IP68.

Harga siri Pixel 7

Dengan segala macam naik taraf yang dibawakan, Google didapati masih mengekalkan harga pelancaran siri Pixel 7 sama seperit Pixel 6 yang dulu. Berikut adalah harga Pixel 7 Pro:

  • 128GB – USD899 (RM4,167)
  • 256GB – USD999 (RM4,631)
  • 512GB – USD1,099 (RM5,094)

Berikut pula adalah harga Pixel 7:

  • 128GB – USD599 (RM2,776)
  • 256GB – USD699 (RM3,241)

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidGooglegoogle pixelpixelpixel 7pixel 7 protelefon
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google lancarkan siri Pixel 7, banyak naik taraf tapi harga masih sama seperti Pixel 6

Google lancarkan siri Pixel 7, banyak naik taraf tapi harga masih sama seperti Pixel 6

6 October 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER