• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Cara untuk cari pekerjaan berdekatan lokasi anda dengan tepat menggunakan Twitter

  • OLEH Fatin Amanina
  • 9:04 pm
  • 12/10/2022
  • Komen
TIPS: Cara untuk cari pekerjaan berdekatan lokasi anda dengan tepat menggunakan Twitter
Share on FacebookShare on Twitter

Antara platform yang biasa orang ramai digunakan untuk cari pekerjaan ialah LinkedIn, JobStreet dan Indeed. Tapi, anda tahu tak, Twitter juga boleh diguna untuk tujuan tersebut sebab platform ini diguna oleh ramai orang dan ada ramai majikan iklankan pekerjaan mereka di situ. Perekrut dan pemilik syarikat yang baru ditubuhkan kerap gunakan Twitter untuk umumkan peluang pekerjaan di syarikat mereka. Jadi, anda boleh gunakan platform ini untuk dapatkan kerja yang baru.

Untuk tidak melepaskan peluang, berikut merupakan cara mudah untuk cari pekerjaan di lokasi anda menggunakan Twitter.



Cara cari kerja di lokasi anda guna Twitter

  1. Log masuk ke Twitter menggunakan pelayar web. Kemudian taip perkataan berkaitan carian anda di dalam bar carian, contohnya kerja kosong. Seterusnya tekan Enter
  2. Tekan tiga titik di sebelah kanan bari carian
  3. Pada pilihan yang tersedia, tekan Search filters
  4. Kemudian pilih Advanced Search
  1. Seterusnya akan ada kotak Advanced search dipaparkan
  2. Dalam kotak All of these words tulis pekerjaan pilihan, contohnya khidmat pelanggan
  3. Anda boleh tulis lokasi pilihan pada kotak This exact phrase
  4. Untuk kotak These hashtags, tulis hashtag popular yang berkaitan dengan bidang anda
  5. Kalau anda hanya mahukan kerja fizikal di pejabat, anda boleh masukkan perkataan seperti “fleksibel” atau “kerja jauh” dalam kotak None of these words
  6. Gunakan kotak From dan To Date untuk hadkan keputusan kepada peluang pekerjaan yang lebih terkini. Ini bagi memastikan anda tidak dicadangkan dengan tawaran yang sudah tamat tempoh
  1. Setelah selesai, klik Search di bahagian atas kanan
  2. Anda kemudian akan dipaparkan dengan Tweet pekerjaan yang berkaitan dengan carian tadi

Walaupun anda tidak tetapkan tarikh tweet pada Advanced search, anda masih boleh lihat hasil terkini dengan klik pada butang Latest. Dari situ, anda akan dapat lihat tweet pekerjaan di kawasan yang anda cari.

Jika anda ingin tahu lebih mengenai pekerjaan itu, hantarkan sahaja mesej kepada perekrut dan minta darinya maklumat lanjut. Tapi sekiranya perincian skop pekerjaan yang ditulis sudah lengkap, maka anda boleh terus memohonnya mengikut arahan yang diberikan.



[Sumber: Makeuseof]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: Cara untuk cari pekerjaan berdekatan lokasi anda dengan tepat menggunakan Twitter

TIPS: Cara untuk cari pekerjaan berdekatan lokasi anda dengan tepat menggunakan Twitter

12 October 2022
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN