• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shopee SPayLater (BNPL) kini ada caj tambahan, faedah sehingga 18% setahun dan denda jika lewat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:35 pm
  • 17/10/2022
  • Komen
Shopee SPayLater (BNPL) kini ada caj tambahan, faedah sehingga 18% setahun dan denda jika lewat
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah guna SPayLater di Shopee? SPayLater ini merupakan perkhidmatan pembayaran yang menawarkan fleksibiliti kepada pengguna untuk beli barang sekarang, tapi pembayarannya boleh dilakukan pada bulan seterusnya (Buy Now Pay Later – BNPL). Anda juga boleh bayarnya secara ansuran selama sehingga 6 bulan.

Sebelum ini, BNPL ditawarkan secara percuma tanpa sebarang yuran pemprosesan. Tapi, bermula 17 Oktober 2022, anda akan dikenakan caj tambahan 1.5% sebulan daripada jumlah keseluruhan pembelian untuk yuran pemprosesan. Jadi, anda jangan terkejut pula jika jumlah bayaran yang harus dilakukan nanti melebihi jumlah yang anda belanjakan.



Sebagai contoh di bawah, harga Amazfit GTS 4 Mini ialah RM399. Tapi, saya perlu bayar RM403.90 jika pilih kaedah pembayaran BNPL. Jika anda tak nak bayar caj tambahan, maka anda boleh gunakan kaedah pembayaran lain seperti ShopeePay, perbankan atas talian, kad debit atau bayar tunai di kedai serbaneka contohnya di 7 Eleven dan KK Mart.

Seperti biasa, jika anda terlepas tarikh pembayaran, akaun SPayLater anda akan dibekukan dan anda perlu bayar denda RM10 untuk aktifkan semula akaun anda. Bergantung pada kitaran bil anda, tarikh tamat SPayLater akan jatuh sama ada pada 10 atau 1 hari bulan pada setiap bulan.



Sebelum ini, saya guna BNPL di Shopee apabila perbankan atas talian yang saya gunakan mengalami masalah. Lebih-lebih lagi apabila barang yang mahu sedang dijual dengan harga runtuh. Tapi, dengan wujudnya caj tambahan ini mungkin saya akan tambah wang ke dalam ShopeePay lebih awal untuk elak dari dikenakan bayaran yang lebih mahal.

[Sumber: Shopee]

Tags: BNPLShopeeshopee SPayLaterSPayLater
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Shopee SPayLater (BNPL) kini ada caj tambahan, faedah sehingga 18% setahun dan denda jika lewat

Shopee SPayLater (BNPL) kini ada caj tambahan, faedah sehingga 18% setahun dan denda jika lewat

17 October 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN