• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kad kredit ini beri akses percuma ke Plaza Premium Lounge seluruh dunia dan pengangkutan ke lapangan terbang

  • OLEH Najib
  • 6:17 pm
  • 31/10/2022
  • Komen
Kad kredit ini beri akses percuma ke Plaza Premium Lounge seluruh dunia dan pengangkutan ke lapangan terbang
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pembukaan semula sempadan negara, orang ramai mula berpusu-pusu untuk melancong ke luar negara. Sektor pelancongan dijangka akan kembali rancak seperti tempat makan, penginapan serta pengangkutan.

Jika anda mahu mula merancang untuk menjadi pelancong tegar tidak lama lagi, maka anda boleh berkira-kira untuk mendapatkan kad kredit yang baru dilancarkan CIMB, CIMB Travel Mastercard. Ia menyediakan lebih ganjaran dan faedah untuk memenuhi keperluan pelancong.



Dengan tema “Melancong lebih cepat daripada yang disangka” kad kredit CIMB Travel ini menawarkan mata ganjaran udara (air miles) dan kadar tukaran mata hotel yang membolehkan pengguna mempercepatkan pengumpulan mata ganjaran penerbangan dan hotel. CIMB bekerjasama dengan 11 syarikat penerbangan dan 3 rangkaian hotel di seluruh dunia.

Terdapat tiga jenis kad kredit di dalam CIMB Travel untuk lapisan pengguna yang berbeza iaitu CIMB Travel Platinum, CIMB Travel World dan CIMB Travel World Elite. Kad ini memberikan faedah berbeza mengikut jenis kad, antaranya kemasukan percuma ke Plaza Premium Lounge di seluruh dunia, pengangkutan ke lapangan terbang di Malaysia, insuran perjalanan serta pulangan tunai untuk pembelian perkhidmatan WiFi dalam penerbangan.



CIMB Travel Platinum

Untuk pengguna permulaan, anda boleh memohon kad kredit CIMB Travel Platinum jika tangga gaji anda sekurang-kurangnya RM24,000 setahun. Ia memberikan 5x mata ganjaran untuk setiap RM1 perbelanjaan di luar negara.

Paling menarik, kad ini tiada yuran tahunan. Malah, pemilik kad diberikan akses ke Plaza Premium Lounge di seluruh dunia sebanyak 4x setahun (1x setiap suku tahun). Dengan syarat, berbelanja RM1,000 menggunakan kad sebelum akses ini diberikan.

Di samping itu, pengguna kad akan menerima pemulangan tunai sebanyak RM30 sebulan jika membeli perkhidmatan WiFi di dalam penerbangan. CIMB juga memberikan pengangkutan Grab di lapangan terbang percuma sebanyak dua kali setahun.

CIMB Travel World

Pengguna yang lebih banyak berbelanja dan ke luar negara, boleh mendapatkan kad kredit CIMB Travel World jika pendapatan anda sekurang-kurangnya RM100,000 setahun. Kad ini dikenakan yuran tahunan RM554.72, tetapi boleh dikecualikan jika berbelanja menggunakan kad tersebut sebanyak RM120,000 dalam tempoh tahun itu.

Sudah pasti, ganjaran dan faedahnya lebih baik daripada kad CIMB Travel Platinum. Mata ganjaran diberi sebanyak 8x untuk setiap RM1 perbelanjaan di luar negara.

Bagi akses ke Plaza Premium Lounge di seluruh dunia, pengguna diberi peluang sebanyak 12x setahun (3x setiap suku tahun). Tetapi perlu berbelanja menggunakan kad sebanyak RM6,000 untuk suku tahun tersebut. Pulangan tunai untuk pembelian perkhidmatan WiFi di dalam penerbangan pula sebanyak RM50.

Sebagai faedah tambahan, pemilik kad CIMB Travel World diberi keahlian HoteLux Elite percuma selama 12 bulan, menghubungkan 4,000 hotel mewah seperti St. Regis, Grand Hyatt & Four Seasons di seluruh dunia. Ini termasuk empat malam percuma di bangunan milik Marriott Vacation Club di Bali dan Phuket dan 1,000 mata ganjaran untuk ditukar kepada baucar bilik dan makan malam.

CIMB Travel World Elite

Kad tertinggi ini boleh dimohon jika pendapatan anda RM250,000 setahun dan mahu membayar yuran tahunan RM1,215.09. Mata ganjaran diberikan sebanyak 10x untuk setiap RM1 dibelanja di luar negara. Akses percuma ke Plaza Premium Lounge pual 12x setahun tanpa sekatan mengikut suku tahun, serta tidak perlu sebarang perbelanjaan kad sebelum itu. RM80 pulangan tunai diberikan untuk pembelian perkhidmatan WiFi di dalam penerbangan.

Pemilik kad CIMB Travel World Elite turut menerima keahlian HoteLux Elite Plus selama 12 bulan dan 2,000 mata ganjaran HoteLux percuma. Turut diberikan, empat malam percuma di bangunan milik Marriott Vacation Club di Bali dan Phuket.

CIMB juga memberikan perlindungan insuran perjalanan premium, dompet, telefon pintar, serta membeli belah dalam dan luar talian kepada pemilik kad CIMB Travel World Elite.

Untuk maklumat lanjut dan cara memohon, layari laman web kad kredit CIMB Travel. Rujuk juga terma dan syarat di sini.

Tags: cimbCIMB TravelKad kredit
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kad kredit ini beri akses percuma ke Plaza Premium Lounge seluruh dunia dan pengangkutan ke lapangan terbang

Kad kredit ini beri akses percuma ke Plaza Premium Lounge seluruh dunia dan pengangkutan ke lapangan terbang

31 October 2022
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER