• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kelantan diberi keutamaan dalam peluasan cakupan 5G 2023

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:24 pm
  • 31/10/2022
  • Komen
Kelantan diberi keutamaan dalam peluasan cakupan 5G 2023
Share on FacebookShare on Twitter

Annuar Musa selaku pemangku Menteri Komunikasi sekarang memang gemar bermain dengan sentimen peluasan cakupa 5G. Kalau anda masih ingat, bermula dengan Melaka dan Sarawak sewaktu kedua-dua negeri itu di ambang Pilihanraya Negeri, kemudian ia bawakan cerita yang sama di Selangor dan yang terbaharu adalah Kelantan.

Annuar Musa kata Selangor diutamakan untuk 5G selepas tabur janji yang sama untuk Melaka dan Sarawak



Menurutnya Kelantan akan diberikan prioriti dalam inisiatif menyebaran capaian 5G. Berdasarkan laporan Bernama, Digital Nasional Berhad (DNB) memaklumkan yang fokus bakal diberikan di Kota Bharu yang katanya bakal menerima 5G seawal 2023.

Annuar Musa: Kelantan to get 5G service earlier https://t.co/SuJ3We9Sie

— Malay Mail (@malaymail) October 30, 2022

Dengan ketersambungan yang lebih pantas, Annuar Musa, pemangku MenKOMM berharap yang ia bakal menjadi batu asas kepada terbinanya hab logistik pantai timur di negeri itu. Antara manfaat yang boleh dinikmati adalah seperti kewujudan lebih banyak peluang pekerjaaan dan perniagaan lebih-lebih lagi dengan negara jiran Thailand.



Untuk maklumat, Kelantan sudahpun menikmati sambungan 5G untuk beberapa ketika dalam fasa percubaan. Salah satu daripada dua lokasi percubaan adalah di Ketereh (kawasan Parlimen Annuar Musa) dan satu lagi adalah di Peringat.

Selain Kota Bharu, daerah-daerah lain disekitar yang bakal menerima capaian 5G selepas Kota Bharu adalah seperti Kok Lanas yang terkandung di dalamnya kem tentera. Kemudian ada juga nama-nama seperti Melor dan Kadok.

Kelantan adalah sebahagian daripada strategi peluasan 5G oleh DNB. Mereka mensasarkan untuk perluaskan cakupan 5G ke 80% kawasan berpenduduk sebelum 2024. Setakat ini, satu demi satu telco mula mengumumkan yang mereka telahpun menandatangani perjanjian akses dengan DNB dan hanya menunggu masa pengumuman pengkomersialan dilakukan pihak masing-masing.

Sumber: Bernama

Tags: 5gAnnuar Musak-kommmenkomm
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

Proton Saga MC3 2026 kini dibuka untuk tempahan, harga anggaran RM40K-50K

11 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Kelantan diberi keutamaan dalam peluasan cakupan 5G 2023

Kelantan diberi keutamaan dalam peluasan cakupan 5G 2023

31 October 2022
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER