• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Telegram terpaksa lupakan ciri ini untuk akur dengan polisi komisen 30% Apple

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:56 am
  • 31/10/2022
  • Komen
Telegram terpaksa lupakan ciri ini untuk akur dengan polisi komisen 30% Apple
Share on FacebookShare on Twitter

Telegram dikesan sedang menguji ciri monetization yang membolehkan pemilik Group ataupun Page mengutip bayaran untuk sesuatu utusan dilihat (pay-per-view).

Sumber

Walau bagaimanapun, hasrat itu perlu dilupakan oleh pembangun Telegram kerana Apple mengatakan yang ia melanggar garis panduan App Store Apple yang ketat. Menurut utusan daripada pengasas Telegram, dia memetik faktor Apple tidak dapat mengutip komisen 30% daripada transaksi yang berlaku sebagai sebabnya.



Hal ini kerana, ciri tersebut mengguna pakai instrumen pembayaran pihak ketiga dan bukannya instrumen yang disediakan pihak Apple. Di pihak Telegram, mereka katakan yang kutipan daripada ciri pay-per-view ini hampir sepenuhnya akan diterima pencipta kandungan. Frasa “close to” yang digunakan Pavel Durov dalam utusannya seakan menujukkan yang pihaknya juga ada mengutip sesuatu daripada kutipan.

Pavel mengata dulang paku serpih?



Angka kadar komisen 30% ini tiadalah bezanya dengan apa yang diamalkan Google apabila mengutip bayaran bila menggunakan perkhidmatan Play Store mereka. Berdasarkan laman FAQ, kadar asas komisen yang dikutip adalah 30% juga tapi mereka ada satu lagi model yang murunkan  kepada 15% dalam keadaan tertentu.

Polisi komisen Google (sumber)

Mungkin bezanya adalah di Android, anda boleh memasang APP melalui APK dan tidak melalui ekosistem PlayStore langsung. Apa boleh buat, rumah saya, undang-undang saya.

Ini bukanlah kali pertama pembangun perisian mempamerkan rasa tak puas hati dengan sistem komisen Apple. Kalau anda masih ingat dalam tahun 2020, Fortnite telah dikeluarkan daripada App Store kerana mereka tidak ingin menggunakan sistem transaksi Apple.

Fortnite ditendang keluar daripada Apple App Store dan Google Play Store, ini reaksi Epic

Mana tidaknya, mikrotransaksi Fortnite adalah sesuatu yang sangat lumayan. Pernah dilapokan dulu yang mikrotransaksi di Fortnite sahaja memberikan Apple USD 360 juta perolehan.

Apple dilapor kaut USD 360 juta hasil komisen mikrotransaksi Fortnite sahaja

Tags: appletelegram
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Telegram terpaksa lupakan ciri ini untuk akur dengan polisi komisen 30% Apple

Telegram terpaksa lupakan ciri ini untuk akur dengan polisi komisen 30% Apple

31 October 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER