• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Tony Fernandes letak jawatan AirAsia X, adakah PN17 sudah selesai?

  • OLEH Najib
  • 4:02 pm
  • 01/11/2022
  • Komen
Tony Fernandes menutup akaun Facebook dan bertumpu di Twitter
Share on FacebookShare on Twitter

Hampir semua media semalam, melaporkan bahawa Tony Fernandes telah meletakkan jawatan sebagai pemangku Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan AirAsia X (AAX) berkuatkuasa serta merta. Ia dibuat dengan alasan, atas sebab komitmen lain.

Perletakan jawatan oleh Tony ini tidak pula disusuli dengan pengumuman penggantinya. Maka kerusi CEO AAX kekal kosong. Perlu diingatkan bahawa Tony baru sahaja menduduki kerusi CEO AAX pada bulan Julai lepas.



Penjelasan Tony Fernandes

Tony kemudiannya mengulas mengenai pengundurannya. Dia sebenarnya kembali ke dalam AAX untuk ‘menghidupkan’ semula syarikat penerbangan itu selepas melalui proses hibernasi akibat COVID-19. Dia juga gembira kerana perancangan mereka berhasil dengan rancangan teguh ke atas 20 pesawat Kumpulan AAX merangkumi 13 pesawat untuk AAX dan baki tujuh pesawat Thai AAX (TAAX).

Tambah Tony lagi, dia kini akan memberi tumpuan untuk menyampaikan nilai penting kepada pemegang saham Capital A Berhad, termasuk AirAsia Aviation Group, perkhidmatan penerbangan, logistik, perjalanan, teknologi kewangan dan platform gaya hidup e-dagang.



Apa jadi dengan PN17?

Practice Note 17 atau PN17 merujuk kepada syarikat yang sedang menghadapi masalah kewangan dan tidak dapat memenuhi syarat minima yang telah ditetapkan oleh Bursa Malaysia. Syarikat ini perlu mengemukakan rancangan mereka untuk memulihkan kembali kewangan dan jika berjaya, boleh memohon untuk penarikan status PN17. Jika tidak, mereka boleh dikeluarkan daripada senarai Bursa Malaysia.

AirAsia X di Bursa Malaysia

AAX telah menerima notis PN17 pada Oktober 2021 selepas audit dibuat oleh Ernst & Young, menyatakan masalah kewangan syarikat. AAX diberi masa selama 12 bulan untuk memulihkan kembali syarikat, menstruktur semula perniagaan dan mencari dana.

Tempoh 12-bulan itu dilihat sudah berakhir dan Tony mahu kembali fokus kepada syarikat induk, Capital A dan membawa AAX keluar daripada masalah yang dibelenggu secepat mungkin. Adakah usaha Tony sudah berhasil? Kena tunggu laporan Bursa Malaysia selepas ini, sama ada notis PN17 untuk AAX akan ditarik atau sebaliknya.

Antara langkah penstrukturan semula yang dibuat AAX sebelum ini adalah menukar hutang penumpang kepada kredit dan seterusnya baucar, bayaran balik secara sekali beri sebanyak 0.5% pada Mac 2023 dan imbuhan sebanyak 20% kepada pemiutang jika AAX untung melebihi RM300 juta.

Malangnya, masih ramai penumpang AAX masih belum menerima bayaran balik. Pada Jun lepas, Tony menyatakan bahawa penyelesaian penuh masih dalam proses dan mereka mempunyai rancangan yang kukuh untuk membuat bayaran balik kepada semua yang terkesan sejak dua tahun lalu berikutan Covid-19, dalam beberapa bulan akan datang.

[Sumber: Berita Harian, Straits Times]

Bacaan Berkaitan

  • AirAsia X cadang untuk pulangkan 0.5% sahaja hutang tiket penerbangan sebagai langkah penstrukturan semula
  • AirAsia X akhirnya umum cara pulangan wang tertunggak penumpang dalam bentuk kredit, baucar perjalanan dan berkongsi keuntungan
  • AirAsia X mula tukar kredit tidak guna kepada baucar, ini terma dan syarat penggunaan
  • AirAsia Aviation Group selesai bayar 99% hutang penumpang, AirAsia X komited dengan rancangan pembayaran
Tags: AirAsiaAirAsia XTony Fernandes
Najib

Najib

POPULAR

Tony Fernandes menutup akaun Facebook dan bertumpu di Twitter

Tony Fernandes letak jawatan AirAsia X, adakah PN17 sudah selesai?

1 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER