• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Baru ditayangkan, filem The Rock tersenarai dalam carian popular Google Oktober 2022

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:46 pm
  • 02/11/2022
  • Komen
Baru ditayangkan, filem The Rock tersenarai dalam carian popular Google Oktober 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa bulan lepas, perlawanan bola sepak banyak tersenarai dalam carian popular Google. Tapi untuk bulan Oktober 2022, dapat dilihat banyak kategori lain yang tersenarai dan hanya ada dua sahaja perlawanan sukan bola sepak mendapat perhatian ramai. Hal ini mungkin kerana pasukan kegemaran ramai tidak bertanding pada bulan lalu. Sukan lain yang mendapat perhatian ialah sukan badminton menerusi kejohanan Denmark Open 2022 dan sukan bola keranjang melibatkan pertandingan National Basketball Association (NBA).

Selain itu, perkara lain yang dapat perhatian ramai adalah mengenai isu semasa seperti pilihan raya umum ke-15, sambutan Maulidur Rasul dan perayaan Deepavali. Ada juga carian berkaitan hiburan tersenarai, ia melibatkan filem adiwira Black Adam, siri drama Netflix berkaitan pembunuh bersiri Jeffrey Dahmer dan carian mengenai penyanyi Indonesia, Lesti Kejora.



1. Denmark Open 2022

Denmark Open 2022 ialah kejohanan badminton yang berlangsung di Arena Fyn di Odense, Denmark. Ia telah berlangsung dari 18 hingga 23 Oktober 2022. Dalam acara ini, rakyat Malaysia dapat bersorak gembira untuk pemain kebangsaan Lee Zii Jia ketika dia mara ke pusingan akhir. Malangnya dia dapat di tewaskan pemain China, Shi Yuqi di pentas final.

2. Arsenal vs Liverpool / Liverpool vs Man City* / Man City vs Man United**

Dalam perlawanan Liga Perdana ini, dapat disaksikan Liverpool tewas 2-3 menentang The Gunners. Tapi mereka berjaya menewaskan Man City 1-0 hasil jaringan kaki kiri Salah, manakala Man United mengalami kekalahan teruk di tangan Man City dengan keputusan 6-3.



3.MySPR Semak

Pilihan raya umum ke-15 semakin hampir. Pasti ramai yang ingin tahu lokasi mengundi dan status pendaftaran pengundi mereka. Semua itu boleh didapatkan menerusi laman web MySPR Semak. Selain portal tersebut, anda juga boleh ketahui maklumat mengundi menerusi aplikasi MySPR Semak dari telefon pintar.

4. Real Madrid vs Barcelona

Real Madrid menewaskan pesaing hebat Barcelona, ​​3-1 dalam EL Clasico pertama musim ini. Mereka mendahului awal permainan sebelum menjaringkan gol penalti kemenangan pada minit ke-90.

5. Black Adam

Black Adam ialah filem adiwira berdasarkan DC Comics. Dwayne “The Rock” Johnson membuat penampilan sulung sebagai adiwira dalam filem ini. Carian ini pasti dilakukan oleh peminat DC Comics yang ingin tahu mengenai ketersediaan filem ini di pawagam. Untuk pengetahuan anda, Filem Black Adam telah dikeluarkan pada 20 Oktober lalu dan anda boleh tontonnya di pawagam berdekatan sekarang.

6. Maulidur Rasul

Umat ​​Islam di Malaysia tahun ini menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad pada 8 Oktober 2022. Sambutan Maulidur Rasul kali ini bertemakan Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran. Sambutan peringkat kebangsaan telah pun diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) Carian ini dilakukan pastinya untuk ketahui tentang amalan penting yang perlu dilakukan ketika Maulidur Rasul.

7. National Basketball Association (NBA)

Pembukaan National Basketball Association (NBA) ke-76 menyaksikan juara bertahan musim lalu, Warriors, diketuai oleh Stephen Curry, menewaskan pasukan Lakers dengan meraih kemenangan 123-109 untuk pasukannya.

8. Lesti Kejora

Di media sosial, timbul banyak berita mengenai isu keganasan rumahtangga Lesti Kejora iaitu penyanyi Indonesia. Pada bulan lalu, dia dilihat sedang berusaha untuk berbaik semula dengan suaminya, Rizky Billar beberapa minggu selepas dia memfailkan aduan keganasan rumah tangga terhadap lelaki itu. Ini mengakibatkan peminat mempersoalkan tindakannya tersebut.

Sumber

9. Deepavali

Perayaan Deepavali telah pun disambut pada 24 Oktober lalu. Individu beragama hindu yang menyambut perayaan ini pasti seronok kerana dapat berkumpul dengan rakan dan keluarga. Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan (KPM) juga telah memperuntukkan cuti tambahan selama dua hari kepada sekolah-sekolah di Malaysia sempena perayaan ini. Hal tersebut tentunya mencetuskan rasa teruja dalam kalangan kanak-kanak.

10. Jeffrey Dahmer

Jeffrey Dahmer ialah pembunuh bersiri Amerika yang melakukan pembunuhan dan pemotongan tujuh belas mangsa antara 1978 dan 1991. Kisahnya dijadikan siri drama biografi Netflix bertajuk ‘Dahmer – Monster: The Jeffrey Dahmer Story’ dan dibintangi oleh Evan Peters. Kisah ini mengetengahkan kehidupan pembunuh itu melalui mata mangsanya.

https://www.youtube.com/watch?v=NVHHs-xllqo
Tags: Googlegoogle search
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Baru ditayangkan, filem The Rock tersenarai dalam carian popular Google Oktober 2022

Baru ditayangkan, filem The Rock tersenarai dalam carian popular Google Oktober 2022

2 November 2022
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER