• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Volvo EX90: Kereta EV terbesar, termewah, paling berkuasa, dan terselamat pernah mereka hasilkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:20 pm
  • 10/11/2022
  • Komen
Volvo EX90: Kereta EV terbesar, termewah, paling berkuasa, dan terselamat pernah mereka hasilkan
Share on FacebookShare on Twitter

Volvo EX90 adalah EV terbaharu daripada syarikat automobile Sweden. Ia adalah kereta terbesar, termewah, dan yang paling berkuasa pernah Volvo hasilkan. Dalam kategori EV pula, ini adalah yang tercanggih mereka pernah bina. Berada dalam kategori SUV, Volvo EX90 mampu mengangkut 7 orang menumpang bergerak ke destinasi menggunakan sistem dwimotor.

Bermula dengan sistem tujahan, kedua-dua gandar depan dan belakang EX90 masing-masing dilengkapi motor yang tersendiri. Sistem ini menghasilkan sekurang-kurangnya 408hp kuasa dengan daya kilas 772Nm, bergantung kepada varian. Varian yang paling berkuasa mampu memecut daripada 0 hingga 100km/j dalam masa 4.9 saat sahaja.



Volvo EX90 tampil dengan sistem bateri berkapasiti 107kWh. Dengan satu bateri penuh, ia boleh mengembara sejauh 600km. Daripada 10% hingga 80%, hanya 30 minit diperlukan untuk mengisi bateri menerusi pengecasan 250kWh.

Seperti yang dimaklumkan tadi, ini adalah kereta paling selamat pernah dihasilkan Volvo. Makanya, jangkakan segala macam teknologi keselamatan terkini disediakan kepada pemandu. Menggunakan campuran sistem LiDAR, optikal, ultrasonik, dan radar, semua sensor pencerap ini memberikan gambar 360 darjah kepada sistem kereta. Sistem ini mampu mengesan pejalan kaki pada jarak 250 meter.



Volvo memaklumkan yang sistem keselamatannya boleh mengurangkan risiko kemalangan sebanyak 9 darjah dan mengurangkan kecederaan serius sewaktu kemalangan sehingga 20%.

Kereta ini juga dilengkapai sistem radar dalam kabin. Ia bertujuan mengesan kalau-kalau ibu-bapa tertinggal anak kecil di kerusi belakang. Malahan, ia cukup pintar untuk menghidupkan pendingin hawa sekiranya ada penumpang ditinggalkan dalam tempoh tertentu.

Di bahagian kabin, pemandu menerima sistem infotainment dengan skrin sebesar 15” dalam keadaan menegak. Ia menjalankan sistem operasi Android Automotive untuk mengawal semua kelengkapan elektronik seperti sistem iklim kabin, audio, dan paparan.

Volvo EX90 dijadualkan masuki pasaran dunia seawal 2024. Harga jualannya dalam pasaran U.K adalah bermula GBP96,225 (~RM516,000).

Sumber: Volvo

Tags: automotifEVKereta elektrikvolvovolvo ex90
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Volvo EX90: Kereta EV terbesar, termewah, paling berkuasa, dan terselamat pernah mereka hasilkan

Volvo EX90: Kereta EV terbesar, termewah, paling berkuasa, dan terselamat pernah mereka hasilkan

10 November 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER