• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sebelum mengundi, layari UndiNegaraku & MyMP untuk kenal gabungan parti serta prestasi Ahli Parlimen dahulu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 7:40 pm
  • 14/11/2022
  • Komen
Sebelum mengundi, layari UndiNegaraku & MyMP untuk kenal gabungan parti serta prestasi Ahli Parlimen dahulu
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pindaan UNDI18 dan pendaftaran pemilih automatik, seramai 6.2 juta rakyat Malaysia kini layak untuk mengundi buat pertama kali dalam hidup mereka. Jika anda adalah individu tersebut, pastikan anda mempunyai banyak maklumat mengenai pilihan raya sebelum turun mengundi. Semuanya boleh didapati menerusi laman web Undi Negaraku. Laman sehenti ini merupakan hasil kerjasama antara Undi18 dengan Google yang baru sahaja dilancarkan.

Melaluinya, pengundi berpengalaman dan pengundi baru boleh ketahui pelbagai perkara mengenai PRU 15. Ia termasuklah cara menangani maklumat yang tidak sahih, panduan untuk para pengundi kali pertama dan maklumat mengenai gabungan politik di Malaysia. 



Sumber menangani maklumat tidak sahih

Dalam laman web Undi Negaraku, ada disediakan tab khusus untuk menangani maklumat palsu dan tidak sahih. Ia disediakan untuk bantu pengundi menambah pengetahuan bagi membezakan maklumat sahih dan sebaliknya. Anda akan difahamkan mengenai impak dan kesan maklumat tidak sahih, cara mengenalpastinya, tindakan yang perlu dilakukan sejurus tahu ia adalah maklumat salah dan panduan untuk semak fakta menggunakan Google Fact Check Explorer.

Dengan aktifnya perkongsian mengenai pilihan raya di media sosial sekarang, maka orang ramai perlu bijak bezakan sama ada perkongsian tersebut direka atau ia adalah fakta sebelum kongsikannya. Salah satu kebaikannya ialah, langkah ini dapat mengelakkan pergaduhan di dalam media sosial dan juga mengekang dari timbulnya salah faham.



Panduan jadi pengundi bijak

Selain itu, laman web ini juga menawarkan maklumat dan bahan-bahan yang para pengundi perlu tahu tentang proses pengundian semasa hari pilihanraya yang akan dihadiri nanti. Ia termasuklah perkara yang perlu dilakukan dan dielak semasa pilihanraya, cara mengundi, kepentingan mengundi dan cara mendaftar sebagai undi pos. Bukan sahaja buat pengundi baru, saya rasa perkara ini juga penting untuk diketahui oleh pengundi berpengalaman contohnya larangan menggunakan telefon sepanjang masa di dalam bilik mengundi.

Peluang jadi lebih aktif dalam pilihan raya

Bagi anda yang berminat untuk ambil bahagian yang lebih aktif dalam pilihan raya umum, laman web ini ada sediakan pautan kepada dua inisiatif untuk menyokong proses demokrasi pengundian. Pertama ialah dengan sertai Undi Negaraku. Ia merupakan sebuah platform kepada para remaja untuk menyertai secara aktif dalam kehidupan sosial-politik demokratik di daerah dan peringkat kebangsaan.

Kedua ialah PACA (Polling Agent Counting Agent, ejen tempat undi & kira undi). Tugas PACA sangat penting sebab mereka berperanan sebagai pemantau proses pilihan raya daripada pihak parti politik. Ini merupakan ejen tempat mengundi atau ejen mengira undi yang memastikan perjalanan pilihan raya berjalan lancar. Anda boleh sertainya jika berminat untuk menjadi seorang sukarelawan. Tapi anda perlu tahu, tugas seorang PACA itu kritikal sebab anda perlu memastikan pilihan raya berjalan dengan adil.

Maklumat mengenai gabungan dan parti

Jika anda masih samar-samar mengenai gabungan yang terlibat dalam pilihan raya umum dan parti-parti yang membentuknya, maka anda boleh ketahuinya menerusi laman web ini. Di sini, anda boleh kumpul maklumat penting seperti kedudukan politik, simbol, manifesto parti dan maklumat lain lagi di dalam satu tempat.

Guna platform MyMP untuk periksa prestasi Ahli Parlimen

Selain ketahui mendalam tentang pilihan raya di platform Undi Negaraku, anda boleh tambah lebih lagi maklumat mengenainya dengan mengenali Ahli Parlimen menerusi laman web MyMP. Di platform ini, anda boleh periksa prestasi Ahli Parlimen disesebuah kawasan, etika kerjanya, kesetiaan individu tersebut bersama parti dan banyak lagi maklumat lain. Dari sini juga anda boleh putuskan siapa yang patut anda undi.

Kedua-dua platform ini sangat berguna untuk pengundi tambah pengetahuan dan lakukan kajian sebelum hari mengundi. Ianya bukan sahaja padat dengan maklumat malah mudah diakses juga.

Tags: GooglePRU15Undi18
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Sebelum mengundi, layari UndiNegaraku & MyMP untuk kenal gabungan parti serta prestasi Ahli Parlimen dahulu

Sebelum mengundi, layari UndiNegaraku & MyMP untuk kenal gabungan parti serta prestasi Ahli Parlimen dahulu

14 November 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER