• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kota Disney dan Disneyland di Melaka adalah berita palsu?

  • OLEH Najib
  • 12:27 pm
  • 17/11/2022
  • Komen
Disneyland dan Disney City akan dibuka di Melaka? Macam tak logik
Share on FacebookShare on Twitter

Heboh sejak semalam tentang Disneyland dan Kota Disney akan dibuka di Melaka. Ia selepas satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai antara beberapa syarikat, untuk membangunkan sistem tren Maglev sejauh 22km di Melaka. Turut diumumkan oleh EXCO Negeri Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis adalah Taman Tema Disneyland dan Kota Disney akan turut dibina.

Bagaimanapun, perjanjian MoU yang ditandatangani dalam majlis tersebut tidak melibatkan sebarang wakil daripada Disney. Ini menimbulkan keraguan tentang, benarkah akan ada Disneyland di Malaysia?



Kami telah menghubungi Disney untuk mendapatkan maklum balas mereka, tetapi masih belum ada jawapan. Bagaimanapun, seorang wartawan CNN di Asia Tenggara, Heather Chen menyatakan bahawa dia telah mendapat respon dari pihak Disney dan laporan tersebut adalah palsu.

Heather menerangkan, pihak Disney mengesahkan kepadanya bahawa tiada rancangan Disneyland akan dibangunkan di Melaka. Malah laporan daripada beberapa pihak di Malaysia tentang perkara tersebut adalah palsu dan spekulatif semata-mata.



Heather telah memadam tweet asal dan memuat naik tweet baru kerana pihak Disney meminta dia memadamkan pengesahan tersebut. Tetapi dia menegaskan apa yang disebut dalam tweet yang dipadam itu adalah tepat.

To clarify: My tweet has now been deleted on orders of Disney. But the original clarification I made from reaching out and reporting still stands — There are no official plans for a Disney themed park in Malacca, earlier reports were purely speculative and misinformed.

— heather chen (@heatherchen_) November 17, 2022

Bukan mudah untuk mendapatkan kebenaran Disney bagi membina Disneyland di Malaysia. Apatah lagi dengan banyaknya penutupan taman tema di Malaysia seperti MAPS Perak dan Hello Kitty Town. Taman Tema Fox di Genting juga berhadapan masalah untuk dibuka, kerana isu lesen.

Sehinggalah kita menerima berita rasmi daripada pihak Disney sendiri atau ada wakil Disney dilaporkan, barulah ia boleh dipercayai. Sementara itu, jangan pula terus bersemangat dan menyimpan impian nak ke Disneyland Malaysia ya. Takut kecewa sangat nanti.

[Sumber: Heather]

Tags: DisneyDisney Citydisneyland
Najib

Najib

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Disneyland dan Disney City akan dibuka di Melaka? Macam tak logik

Kota Disney dan Disneyland di Melaka adalah berita palsu?

17 November 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER