• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Facebook & Instagram akan hadkan komunikasi antara remaja & dewasa yang tak dikenali

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:18 pm
  • 22/11/2022
  • Komen
Facebook & Instagram akan hadkan komunikasi antara remaja & dewasa yang tak dikenali
Share on FacebookShare on Twitter

Meta sentiasa datang dengan ciri baru untuk lindungi pengguna dari bahaya di dalam talian, khususnya untuk golongan remaja. Baru-baru ini, mereka ada kongsikan kemaskini terkini untuk cipta pengalaman yang lebih selamat dan sesuai buat remaja di Facebook dan Instagram. Semua ciri ini nampaknya dapat hadkan lagi komunikasi antara remaja dan individu dewasa yang mereka tidak kenal.

Tapis cadangan People You May Know pengguna remaja

Pada tahun lepas, Meta ada bawakan beberapa langkah di Instagram untuk lindungi remaja daripada berinteraksi dengan orang dewasa yang berpotensi mencurigakan. Sebagai contoh, mereka akan hadkan orang dewasa daripada melihat remaja pada bahagian People You May Know.



Sebagai langkah tambahan, Meta kini sedang uji cara untuk lindungi remaja daripada hantar mesej kepada orang dewasa mencurigakan yang mereka tidak berhubung. Meta juga tidak akan cadangkan individu tersebut dalam People You May Know pengguna remaja.

Contoh akaun mencurigakan ialah akaun orang dewasa yang mungkin baru-baru ini disekat atau dilaporkan oleh orang lain. Sebagai lapisan perlindungan tambahan, Meta juga sedang menguji untuk menghilangkan butang mesej pada akaun Instagram remaja, apabila akaun mereka dilihat oleh orang dewasa yang mencurigakan.



Lapor atau sekat terus jika tak selesa dengan pengguna dewasa

Selain itu, Meta telah bangunkan beberapa alat untuk pengguna remaja laporkan terus pada platform jika mereka rasa tak selesa semasa gunakan Facebook dan Instagram apabila berhubung dengan pengguna dewasa. Contohnya, mereka akan dicadangkan untuk ambil tindakan pada akaun tersebut seperti sekat atau laporkannya.

Sejurus disekat, bolehlah pengguna remaja di Instagram gunakan alat yang diuar-uarkan sebelum ini, iaitu Alat Pengawasan Ibu Bapa dan Pusat Keluarga (Family Center and Parental Supervision Tools). Melaluinya, pengguna remaja boleh beritahu ibu bapa jika mereka lakukan laporan di Instagram. Jadi, tindakan ini boleh dibincangkan bersama.

Tetapan lalai pada profil untuk remaja

Bermula hari ini, semua pengguna berumur bawah 16 tahun atau di bawah 18 tahun untuk negara tertentu, akan terima tetapan lalai pada profil apabila sertai Facebook. Disertakan juga cadangan yang perlu dihidupkan pada pilihan tersebut. Berikut merupakan 5 perkara dan cadangan yang disediakan:

  1. Siapa yang boleh lihat senarai rakan anda? – Friends
  2. Siapa yang boleh lihat siaran tag pada profil anda? – Friends
  3. Semak perkongsian yang anda di-tag sebelum ianya muncul pada profil? – On
  4. Siapa yang boleh lihat orang, Pages dan senarai yang anda ikuti? – Friends
  5. Siapa yang dibenarkan untuk komen pada perkongsian anda? – Friends

Pasti ramai ibu bapa yang risaukan keselamatan anak-anak ketika mereka menggunakan media sosial. Oleh itu, ciri yang disediakan ini sangat berguna untuk pastikan mereka tidak diganggu oleh orang dewasa yang tidak dikenali. Namun, untuk kawalan yang lebih ketat, anda boleh aktifkan Family Link di Android atau Parental Control untuk iOS atau macOS untuk awasi anak anda.

[Sumber: Meta]

Bacaan berkaitan

  • Anak kerap luangkan masa di Instagram? Ciri baru ini boleh bantu anda kawal masa mereka di sana
  • Ibu bapa boleh kawal masa penggunaan Instagram anak bermula tahun depan
  • Instagram kemaskini pilihan had masa harian, tiada lagi tempoh 5 & 10 minit
Tags: Facebookinstagram
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Facebook & Instagram akan hadkan komunikasi antara remaja & dewasa yang tak dikenali

Facebook & Instagram akan hadkan komunikasi antara remaja & dewasa yang tak dikenali

22 November 2022
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN