• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fujifilm lancar grip tripod multiguna untuk kamera mereka

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:42 am
  • 30/11/2022
  • Komen
Fujifilm lancar grip tripod multiguna untuk kamera mereka
Share on FacebookShare on Twitter

Fujifilm Malaysia telah mengumumkan satu aksesori baharu yang boleh dipadankan dengan kamera anda. Ia adalah sebuah grip  tripod multiguna TG-BT1 yang boleh mempermudah cara anda menggunakan kamera. Produk ini sangat mirip akesori Sony GP-VPT2BT Shooting Grip With Wireless Remote Commander yang dijual pada harga RM499.

Kegunaan utama TG-BT1 adalah menyediakan grip yang boleh dipegang anda sewaktu merakam video, terutamanya jenis vlog. Sekiranya perlu, kaki grip boleh dibukan untuk menjadi tripod mini untuk rakaman di atas permukaan rata.



Di atas badan grip ini ada beberapa butang yang boelh digunakan untuk mengawal kamera. Sambungan Bluetooth perlu diwujudkan terlebih dahulu antara kamera dengan aksesori untuk anda memanfaatkan sepenuhnya butang-butang yang ada.

Anda boleh gunakan butang merakam, zum, lock, dan mode foto untuk berikan arahan kepada kamera tanpa perlu menyentuh kamera. Daripada segi keteguhan, Fujifilm memaklumkan yang produk ini kalis cuaca tapi tidak pula berkongsikan pada tahap apa.



Berikut adalah senarai model kamera Fujiflm yang menyokong TG-BT1 secara keseluruhan:

  • X-T5 (firmware Ver.1.00 dan keatas)
  • X-T4 (firmware Ver.1.70 dan keatas)
  • X-T3 (firmware Ver.4.50 dan keatas)
  • X-S10 (firmware Ver.2.60 dan keatas)
  • X-T30 (firmware Ver.1.20 dan keatas)
  • X-H2S (akan diumumkan kemudian)
  • X-H2 (akan diumumkan kemudian)

Harga pasaran Malaysia tidak pula diumumkan tapi di dalam pasaran A.S sana, harga jualannya adalah USD199.99 (RM896). Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: fujifilmfujifilm tg-bt1kamera
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Fujifilm lancar grip tripod multiguna untuk kamera mereka

Fujifilm lancar grip tripod multiguna untuk kamera mereka

30 November 2022
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER