• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mechamato Movie akan disiarkan di 150 pawagam mulai 8 Disember

  • OLEH Najib
  • 4:35 pm
  • 30/11/2022
  • Komen
Mechamato Movie akan disiarkan di 150 pawagam mulai 8 Disember
Share on FacebookShare on Twitter

Mechabot, Mechanize!

Ini adalah siulan anak kecil masakini dan ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut hangat diperkatakan di Jepun. Itulah penangan animasi terbitan MONSTA, yang turut menghasilkan animasi popular, BoBoiBoy. Tidak lama lagi, filem pertama Mechamato Movie akan ditayangkan di layar perak.



Mechamato Movie terbitan bersaam MONSTA dan Astro Shaw, akan memulakan tayangan di Malaysia dan Brunei pada 8 Disember, serentak di semua pawagam. Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Amato, yang secara tidak sengaja bertemu MechaBot sebuah ‘Power Sphera’ yang berkebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Jika anda belum tahu, Amato adalah ayah kandung BoBoiBoy.

Dalam filem pertama ini, ia mengisahkan bagaimana MechaBot tiba di bumi selepas berpisah dengan pemilik sebelum Amato. Mechamato juga berhadapan dengan alien jahat bernama Grakakus, yang mahu memiliki MechaBot.



Siapakah sebenarnya Grakakus? Jawapan kepada persoalan utama ini akan diketahui dengan menonton Mechamato Movie. Filem ini sepanjang 122 minit, telah ditandakan dengan label PG-13 bermakna sesuai untuk kanak-kanak tetapi memerlukan pengawasan dan bimbingan ibubapa ketika menonton. Di pawagam Malaysia, ia disiarkan di dalam Bahasa Melayu bersama sarikata Bahasa Inggeris dan Mandarin.

MONSTA turut menyatakan, terdapat pelbagai cenderahati akan dijual di pawagam dan setiap pawagam menampilkan koleksi yang berbeza. Peminat tegar Mechamato kena melawat semua pawagam untuk mengumpul cenderahati Mechamato yang berbeza ini. Antaranya GSC, MBO dan TGV.

Popcorn & cup kitorang pun dah mechanize 😎 #MechamatoMovie @mechamato @MonstaOfficial_ pic.twitter.com/4Rsh1OfPRB

— GSC Jom Hydro Run! (@GSCinemas) November 29, 2022

Menariknya, Mechamato Movie menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan, dan elemen tradisional seperti destar, keris, karipap dan beca, yang digabungkan dengan elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa. Cerita di dalamnya berlatarkan bandar fiksyen yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka.

Antara sedutan dari Mechamato Movie menampilkan silat dan keris

3 kali ditangguh dan dirombak semula

Filem ini sebenarnya telah dijadualkan tayangan pertamanya pada penghujung tahun 2019. Namun wabak COVID-19 yang melanda dunia mengakibatkan ia tertunda. Selepas 3 kali ditangguhkan, ia bakal ditayangkan di pawagam pada 8 Disember 2022.

Untuk lagu tema Mechamato Movie, ia dinyanyikan oleh artis popular tempatan, Yonnyboii bertajuk “Temanku“.

Yonnyboii bersama Mechamato

MONSTA turut berkongsi bahawa penghasilan Mechamato Movie menelan belanja sekitar RM30 juta. Memandangkan filem BoBoiBoy MOvie 2 sebelum ini yang turut dihasilkan bersama Astro Shaw berjaya mencapai kutipan RM30 juta, MONSTA berharap mereka mampu mencapai jumlah yang lebih dengan sokongan peminat tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA, Nizam Abd Razak yang merupakan penulis dan juga pengarah filem ini berkata, filem animasi 3D tempatan ini akan segera dieksport ke luar negara pada tahun 2023. Perancangan ini dibuat apabila melihat siri Mechamato telah mencapai kejayaan yang luar biasa selepas menembusi 65 buah negara di seluruh dunia sejak dilancarkan pada Disember 2021 yang lalu.

Jika anda mahu mengenali ayah BoBoiBoy ini sebelum menonton filemnya, saksikan siri animasi Mechamato yang telah disiarkan di Netflix. Terdapat 13 episod untuk musim pertama dan MONSTA telah merancang untuk mengeluarkan musim kedua selepas ini.

Berita baik khusus kepada pelanggan setia Astro. Anda boleh mendapatkan tiket menonton Mechamato Movie secara percuma di TGV bermula Disember ini. Terdapat ratusan tiket, sedia untuk ditebus dengan hanya menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Astro Rewards di aplikasi My Astro.

Tags: MechamatoMechamato Movie
Najib

Najib

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
Mechamato Movie akan disiarkan di 150 pawagam mulai 8 Disember

Mechamato Movie akan disiarkan di 150 pawagam mulai 8 Disember

30 November 2022
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER