• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: Nak urus jadual Google Calendar dengan pengguna lain? Ini cara untuk kongsikannya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:45 pm
  • 30/11/2022
  • Komen
TIPS: Nak urus jadual Google Calendar dengan pengguna lain? Ini cara untuk kongsikannya
Share on FacebookShare on Twitter

Rasa penat apabila perlu selalu hantar mesej pada orang ramai untuk ingatkan tentang sesebuah acara? Perkara itu boleh jadi mudah apabila anda guna Google Calendar. Salah satu kelebihan Google Calendar ialah, ia boleh dikongsi kepada orang ramai serentak dan penerima juga boleh sunting kalendar tersebut.

Contohnya, anda boleh kongsikan pautan Google Calendar pada 5 orang rakan sekerja anda serentak supaya mereka boleh ketahui lebih lanjut tentang acara yang perlu mereka hadiri pada tarikh tertentu. Di situ juga anda boleh sertakan maklumat seperti tempat acara itu berlangsung, masa dan etika pakaian. Jika ada perubahan, anda atau penerima lain boleh edit semula kalendar tersebut. Berikut merupakan cara untuk anda kongsi Google Calendar kepada orang tertentu atau orang ramai untuk rujukan mereka.



Cara kongsi Google Calendar dengan orang tertentu

Sebelum kongsikan kalendar pada orang tertentu, anda perlu tahu emel mereka terlebih dahulu. Ikut langkah di bawah untuk mula kongsikan Google Calendar anda:

  1. Buka Google Calendar menggunakan laptop melalui pautan ini
  2. Di sebelah kiri, anda akan jumpa bahagian My calendars
  3. Pilih kalendar yang ingin anda kongsi, kemudian klik pada butang menu tiga titik
  4. Pilih Settings and Sharing
  1. Anda akan dibawa ke halaman baru, pilih Share with specific people di bawah bahagian Settings for my calendars
  2. Klik Share with specific people
  3. Kemudian klik Add people dan taip alamat emel orang yang ingin anda kongsikan
  4. Anda seterusnya akan dipaparkan menu untuk menentukan jenis kebenaran yang berikan kepada pengguna tersebut. Sama ada mereka boleh lihat sahaja semua butiran, membuat perubahan dan sebagainya
  5. Klik Send untuk membenarkan kenalan anda itu melihat kalendar

Cara kongsi Google Calendar dengan orang ramai

Anda juga boleh tetapkan Google Calendar kepada umum, namun orang yang ingin aksesnya perlu ada pautan Google Calendar anda. Ini berguna apabila anda membuat acara yang memerlukan kehadiran ramai orang seperti mesyuarat. Jadi, individu yang terlibat boleh periksa jika ada sebarang perubahan masa atau lokasi yang anda lakukan. Berikut merupakan cara untuk kongsi Google Calendar untuk diakses orang ramai:



  1. Buka Google Calendar menggunakan laptop melalui pautan ini
  2. Di sebelah kiri, anda akan jumpa bahagian My calendars
  3. Pilih kalendar yang ingin anda kongsi, kemudian klik pada butang menu tiga titik
  4. Pilih Settings and Sharing
  1. Pada halaman seterusnya, pergi ke bahagian Settings for my calendars di sebelah kiri
  2. Klik bahagian Access permissions for events, kemudian tandakan kotak Make available to public
  3. Satu mesej peringatan akan muncul untuk mengesahkan bahawa anda setuju jika semua orang melihat kalendar anda. Klik OK
  4. Klik Get shareable link, seterusnya Copy link untuk salin pautan dan hantarnya kepada sesiapa sahaja yang anda mahu

Dengan kelebihan ini, bolehlah anda uruskan masa dan aktiviti bersama pengguna lain dengan teratur. Anda juga boleh rujuk semula jadual lama jika perlu, dengan cepat.

[Sumber: TheVerge]

Tags: Googlegoogle calendar
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
TIPS: Nak urus jadual Google Calendar dengan pengguna lain? Ini cara untuk kongsikannya

TIPS: Nak urus jadual Google Calendar dengan pengguna lain? Ini cara untuk kongsikannya

30 November 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER