• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:44 pm
  • 08/12/2022
  • Komen
BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan
Share on FacebookShare on Twitter

Di Australia, EV ini adalah nombor 3 paling laris, dan ia duduk dibelakang Tesla Model Y dan Tesla Model T. Di Thailand, orang ramai mula beratur untuk menempah EV ini sehari sebelum sesi tempahan bermula. Hari ini, EV itu telah masuki Malaysia melalui pengedar ekslusif jenama ini Sime Darby Motor. EV yang kami maksudkan ialah BYD Atto 3, satu lagi EV bawah RM200 ribu yang boleh anda pertimbangkan.

Harga BYD Atto 3 di Malaysia



Untuk pasaran Malaysia, Sime Darby Motors membawakan dua varian Atto 3 untuk ditawarkan kepada kita. Varian “Standard Range” dilengkapi bateri berkapasiti 49.92kWh dengan jarak kembara 345km (WLTP) kemudian, kita juga ada varian “Extended Range” yang diberikan bateri lebih besar iaitu 60.48kWh dengan jarak kembara 420km (WLTP).

Berikut adalah harga BYD Atto 3 di Malaysia:



  • BYD Atto 3 Standard Range – RM149,800
  • BYD Atto 3 Extended Range – RM167,800

Daripada segi jaminan, Atto 3 dilindungi jaminan selama 6 tahun ataupun 150,000km, bahagian bateri menerima jaminan 8 tahun ataupun 160,000km dan akhir sekali adalah bahagian motor menerima jaminan selama 8 tahun ataupun 150,000km. Promosi tempahan awal sedang dijalankan sekarang dan mereka menyediakan pemberian seperti adapter V2L, pengecas mudah alih, dan juga kredit mengecas bernilai RM1,000.

Spesifikasi BYD Atto 3 di Malaysia

Kenderaan jenis SUV Crossover ini dipacu oleh motor yang ditambat pada gandar hadapan. Motor elektrik ini menghasilkan 204PS dengan daya kilas setinggi 310Nm untuk memulas tayar bersaiz 18 inci yang dimilikinya.

Bergantung kepada varian SUV elektrik ini mampu menerima arus terus pada tahap maksimum 80kW (70kW untuk varian standard) melalui sambungan CCS2. Pada tahap kuasa optimum, bateri kereta ini dicas daripada sifar sehingga penuh dalam masa 72 minit. Sekiranya terpaksa gunakan arus ulang alik, ia mampu terima sehingga 6.6kW melalui sambungan Type 2. Kaedah pengecasan ini adalah perlahan apabila tempoh yang diambil untuk mengisi bateri sehingga penuh adalah 9 jam setengah.

Atto 3 menawarkan fungsi Vehicle-to-Load yang bermakna kereta ini boleh jadi powerbank besar untuk kuasakan peralatan AC anda yang lain. Sangat berguna bila anda ber-camping dan perlukan bekalan kuasa untuk kipas ataupun pemanas contohnya.

Seperti EV-EV yang lain, bahagian dalam kereta ini tentunya futuristik. Di bahagian kokpit, ia ada sistem infotaiment dengan paparan sebesar 15.6”. Ia menyokong Android Auto untuk memudahkan navigasi. Paling menarik adalah paparannya boleh diputar daripada kedudukan melintang kepada menegak. Misalnya, saya suka navigasi dalam paparan menegak kerana boleh nampak apa yang ada di depan. Tapi bila menonton kandungan multimedia, kedudukan melintang adalah lebih baik.

Pada sudut keselamatan, pengguna menerima sehingga 7 beg udara dan kamera pemantau keliling bersama-sama perakam dashboard. Lain-lain ciri pintar yang boleh anda temukan adalah seperti:

  • Adaptive Cruise Control untuk semua kelajuan
  • Auto Emergency Braking
  • Rear Cross Traffic Alert
  • Rear Cross Traffic Braking
  • Lane Keep Assist
  • Lane Depature Warning
  • Blind Sport Monitoring
  • Door-Open Warning
  • Tyre Pressure Monitoring System
  • Traction Control
  • ESP
  • ABS
  • EBD
  • Radar sensor

Dengan pelancaran BYD Atto 3 ini, ia menyertai beberapa EV lain yang ada tanda harga bawah RM200 ribu dalam pasaran Malaysia. Untuk tahun 2022, kita ada Hyundai Ioniq 5 yang dilancarkan pada harga RM199,888 tapi dah naik harga kepada bermula RM207 ribu. Kemudian Ora Good Cat pada harga bermula RM139,800. Hyundai Kona Electric pada harga RM157 ribu. Yang lebih berusia adalah seperti Nissan Leaf pada harga RM176 ribu dan kemudian Renault ZOE pada harga RM163 ribu ataupun Mini Electric pada harga RM185 ribu.

Bacaan berkaitan

Ora Good Cat: EV paling mampu milik kini di Malaysia, harga bawah RM140,000

Volvo EX90: Kereta EV terbesar, termewah, paling berkuasa, dan terselamat pernah mereka hasilkan

Kenderaan elektrik berjenama Proton akan dilancar sebelum 2027

Tags: automotiveBYDbyd attoBYD Atto 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan

BYD Atto 3 Malaysia: Satu lagi EV bawah RM200k untuk anda pertimbangkan

8 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER