• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cantona bantu Carsome raih anugerah Iklan YouTube Malaysia Terbaik 2022

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:22 pm
  • 13/12/2022
  • Komen
Cantona bantu Carsome raih anugerah Iklan YouTube Malaysia Terbaik 2022
Share on FacebookShare on Twitter

YouTube telah anjurkan acara tahunan YouTube Festival Awards 2022 baru-baru ini, antarnya untuk kongsi trend, pandangan dan kejayaan terkini platform tersebut bersama para pengiklan.

Menurut Ben Jern, Ketua YouTube Malaysia, YouTube telah berkembang daripada hanya tempat orang ramai memuat naik dan berkongsi video ke destinasi utama untuk para pencipta membina komuniti. Secara tidak langsung, ini juga tempat untuk perniagaan berhubung secara mendalam bersama orang ramai.



Ben Jern, Ketua YouTube Malaysia

Tambahnya, menurut tinjauan terbaru oleh Ipsos, YouTube adalah platform nombor satu yang paling akan dirindui oleh penonton berumur 18-24 jika ia tidak lagi tersedia. Penonton dari semua peringkat umur datang ke YouTube untuk lebih daripada sekadar hiburan.

Bukan itu sahaja, masa tontonan YouTube di Malaysia juga telah meningkat lebih 30% pada Februari 2021 berbanding 2020. Jumlah jam kandungan yang dimuat naik di YouTube oleh saluran rakyat Malaysia meningkat sebanyak 20% tahun lepas. Malah ada lebih daripada 100 saluran di Malaysia mempunyai lebih 1 juta pelanggan. YouTube Malaysia turut memberi anugerah Gold Creator Award iaitu:



  1. Lizz Chloe daripada Dumpling Soda
  2. Isaac Osman
  3. Syafiq Aiman
  4. Azfar Badrul
  5. Alex Ho daripada 알렉스티비ALEXTV
  6. Roshede Basri daripada Syedot ASMR
  7. Banden Tong daripada Banden
  8. Changyong

Pemenang Anugerah YouTube Works 2022

Di samping itu, dalam acara ini juga para pemenang Anugerah YouTube Works telah diumumkan. Anugerah ini mengiktiraf dan meraikan kempen yang paling menarik, berkesan dan kreatif. Jenama-jenama yang terlibat bersaing dalam lima kategori. Berikut merupakan senarai penuh pemenang anugerah ini:

1. Action Driver (Pemandu Tindakan) – Allianz Malaysia

2. Kerjasama Terbaik: Jenama dan Pencipta YouTube – Hotlink

3. Inovasi Media Terbaik – Carsome

4. Penceritaan Terbaik – Celcom Axiata

5. Force For Good (Pemacu Kebaikan) – RHB Group

Untuk anugerah ini juga, Carsome telah memenangi Iklan YouTube Malaysia Terbaik 2022 untuk kempen CARSOME X Cantona: Driving Standards Forward yang dibawakan, sekaligus merangkul pemenang keseluruhan. Kempen tersebut menampilkan legenda bola sepak Eric Cantona yang berkongsi proses platform e-dagang kereta tersebut menyediakan kenderaan terpakai untuk dijual dan pilihan pembelian yang tersedia kepada pelanggan.

Nampanya, ramai pihak yang memanfaatkan YouTube untuk tonjolkan kreativiti dan kandungan bermakna kepada penonton, bukan semata-mata hiburan. Maka wajarlah platform ini digunakan orang ramai untuk kongsi dan kembangkan idea untuk kandungan video.

Tags: YouTube
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cantona bantu Carsome raih anugerah Iklan YouTube Malaysia Terbaik 2022

Cantona bantu Carsome raih anugerah Iklan YouTube Malaysia Terbaik 2022

13 December 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER