• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G kini aktif untuk iPhone di Malaysia, termasuk Celcom dan U Mobile

  • OLEH Najib
  • 8:49 am
  • 14/12/2022
  • Komen
5G kini aktif untuk iPhone di Malaysia, termasuk Celcom dan U Mobile
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, perkara yang sekian lama dinantikan oleh pengguna iPhone telah tiba. 5G telah boleh digunakan di iPhone yang menyokong rangkaian 5G iaitu iPhone 12 dan ke atas, serta menerusi rangkaian dan pelan serasi 5G.

Setakat ini, kami telah menguji bahawa 5G telah sedia ada di rangkaian Celcom dan U Mobile. Bagi Unifi Mobile, ia kelihatan masih tidak boleh digunakan. Sudah pasti, pengguna Maxis masih belum boleh menggunakannya kerana 5G masih tidak disokong oleh rangkaian Maxis sendiri.



Kesediaan 5G di iPhone dilihat terjadi selepas mengemaskini sistem operasi terbaru, iOS 16.2 yang baru dilepaskan hari ini. Kemaskini dengan saiz melebihi 1GB ini menambah fungsi baharu seperti aplikasi baru Freeform, Apple Music Sing, sokongan Emergency SOS melalui satelit di iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max, naik taraf kunci skrin serta beberapa tampalan kerentanan dan pepijat.

Jika anda belum mendapat notis naik taraf iOS 16.2, anda boleh membuatnya secara manual dengan pergi ke bahagian Settings > General > Software Update.



Perlu diingatkan, pengguna mesti memiliki pelan telco yang menyokong 5G sebelum boleh menggunakan 5G. Anda boleh menyemak di bahagian Bacaan Berkaitan di bawah. Selepas memasang iOS 16.2, anda boleh menyemak tetapan 5G dan mengaktifkannya di Settings > Mobile Data > “Nama Telco” > Voice & Data.

Terdapat dua pilihan iaitu 5G On dan 5G Auto. Perbezaannya adalah di penggunaan bateri. 5G On akan sentiasa bersambung ke rangkaian 5G walaupun ia menggunakan tenaga bateri berlebihan. Manakala 5G Auto hanya berhubung ke 5G jika ia tidak mengurangkan hayat bateri dengan melampau. Dinasihatkan, anda menggunakan 5G Auto sahaja.

Selain itu, 5G juga menjadikan kelajuan internet anda tersangat pantas, sehingga boleh mencecah 1Gbps. Jadi diingatkan juga agar tidak terlalu teruja untuk membuat ujian Speedtest kerana ia boleh memakan kuota yang sangat banyak, melebihi 1GB dengan hanya satu ujian.

5G di Malaysia telah mula diaktifkan sejak akhir tahun lepas, tetapi hanya disediakan oleh Yes 5G. Bagaimanapun, hanya dari beberapa minggu lepas, telco utama di Malaysia mula menyediakan perkhidmatan tersebut kepada penggunanya iaitu Celcom, Digi dan U Mobile. Maxis masih menunggu kelulusan lembaga pengarah untuk menandatangani perjanjian dengan Digital Nasional Berhad (DNB).

Bacaan Berkaitan

  • Celcom aktifkan 5G untuk pelanggan 9 pelan ini bermula 1 November 2022
  • Digi aktifkan rangkaian 5G mereka bermula 10 November kepada pelanggan 10 pelan ini
  • U Mobile 5G sedia diguna mulai November untuk pelan prabayar dan pascabayar terpilih
Tags: 5g5g malaysiacelcomDNBu mobile
Najib

Najib

POPULAR

5G kini aktif untuk iPhone di Malaysia, termasuk Celcom dan U Mobile

5G kini aktif untuk iPhone di Malaysia, termasuk Celcom dan U Mobile

14 December 2022
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

Oppo Find X10 Pro Max jadi antara telefon pertama guna cip Dimensity 9600 Pro 2nm

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN