• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Volvo C40 Recharge, EV CKD kedua dilancarkan, harga RM288,888

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:20 pm
  • 14/12/2022
  • Komen
Volvo C40 Recharge, EV CKD kedua dilancarkan, harga RM288,888
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia hari ini menerima penyertaan satu lagi EV daripada Volvo. Volvo C40 Recharge adalah EV kedua yang ditawarkan jenama Scandinavia itu di Malaysia selepas Volvo XC40 Recharge yang mereka lancarkan dalam bulan April 2022 tempoh hari. Seperti XC40 Recharge, C40 Recharge juga adalah produk pemasangan tempatan, lantas jadikannya EV CKD kedua untuk pasaran kita.

EV ini dibangunkan berasaskan platform Compact Modular Architecture milik Volvo yang katanya akan menjadi tunjang kepada kenderaan volvo bersaiz kecil sehingga 2030 kerana ia cukup versatil untuk dibentuk menjadi kereta berenjin pembakaran dalaman, hibrid, atau EV daripada platform yang sama.



Harga Volvo C40 Recharge di Malaysia

Di Malaysia, Volvo C40 Recharge ditawarkan dalam satu varian dan harganya adalah RM288,888 tidak termasuk insurans dan cukai jalan. Tempahan boleh dibuat bermula 14 Disember 2022, 8 malam di laman Volvo Malaysia.

Memang sudah dijangkakan ia bakal lebih mahal berbanding XC40 Recharge yang sedang ditawarkan pada harga RM262,460. Daripada segi jaminan, berikut adalah apa yang ditawarkan Volvo Malaysia



  1. Jaminan ke atas kereta selama 5 tahun
  2. Jaminan ke atas bateri selama 8 tahun ataupun 160,000km
  3. Servis Volvo on Call percuma selama 5 tahun
  4. Servis digital 4 tahun
  5. Servis percuma Volvo Service Inclusive (VSI) selama 5 tahun ataupun 100,000km

Spesifikasi Volvo C40 Recharge di Malaysia

C40 Recharge diletakkan dalam kategori coupe SUV berbanding XC40 yang berada dalam kategori compact crossover SUV. C40 Recharge daripada sudut rekaan adalah versi lebih sporty kepada XC40. Bumbung belakangnya lebih tirus menjadikannya nampak lebih aktif, seperti mahu menujah kedepan.

Tapi bahagian mukanya adalah sama macam XC40 versi facelift. Untuk makluman anda, XC40 yang sedia ada di Malaysia adalah jenis lama dan akan datang, semua tempahan CX40 akan hadir dengan bahagian muka seperti C40 Recharge ini.

Satu fakta menarik tentang C40 Recharge adalah ia Volvo pertama dengan rekaan dalam bebas kulit. Biasanya anda akan menemui bahan kulit di stereng dan tombol gear. Selain inisiatif bebas kulit, anda akan dapati interior C40 Recharge adalah sama seperti XC40.

Perlu diingatkan yang disebabkan platform ini juga digunakan untuk hasilkan kenderaan ICE, anda beroleh bahagian tengah yang terbonjol naik agak tinggi. Kalau di kereta petrol, bahagian ini adalah tempat letaknya gandar sawat untuk salurkan kuasa daripada enjin ke tayar belakang ataupun kabel minyak dari tangki ke enjin. Tapi untuk EV, ia dimanfaatkan untuk menjadi ruang bateri.

Hasilnya, anda beroleh ruang kaki yang lebih hampir dengan permukaan jalan, tak seperti kebanyakkan EV yang dibangunkan atas platform elektrik seperti Hyundai Ioniq 5 dan KIA EV6. Anda akan dapati ketinggian kaki daripada permukaan tanah lebih tinggi disebabkan komponen bateri.

Yang ingin saya tumpukan adalah pada sistem infotainment. Volvo mengguna pakai sistem Android Automotive yang bermakna sistem kereta berintegrasi dengan Google. Salah satu manfaat adalah bila anda gunakan Google Maps, navigasi turut akan mengambil kira paras bateri anda dan ia akan sarankan lokasi mana yang sesuai untuk anda mengecas kereta.

Volvo memperlengkap C40 Recharge dengan sistem bantu pandu yang komprehensif. Segala macam yang biasanya ada pada sebuah EV, ada pada kereta ini daripada bantuan kekal lorong hinggalah ke sistem kembara automatik beradaptif.

Motor & Bateri

Rangkaian pemacu C40 Recharge adalah hampir sama yang boleh anda temukan pada XC40 Recharge. Kenderaan ini dilengkapi bateri berteknologi lithium ion berkapasiti 78kWh. Untuk perbandingan Kia EV6 ada 77.4kWh manakala Hyundai Ioniq 5 versi long range ada 72.6kWh.

Bateri ini membekalkan tenaga kepada sepasang motor, satu di gandar depan dan satu di gandar belakang. Jumlah kuasa yang dihasilkan menurut Volvo adalah kira-kira 402hp dengan daya kilas setinggi 660N. Dengan kekuatan motor setinggi itu, pecutan daripada 0 kepada 100km/j cuma mengambil masa 4.7 saat sahaja tapi kelajuan maksimum kereta ini dihadkan secara elektronik pada paras 180km/j bagi tujuan keselamatan. Jarak kembara yang dimiliki kenderaan ini adalah sejauh 450km mengikut piawaian WLTP.

Daripada segi pengecasan, C40 Recharge mampu menerima input pengecas setinggi 150kW. Daripada 10% hingga 80% masa yang diambil untuk mengisi bateri adalah 35 minit manakala bila pengecas 50kW digunakan, 65 minit diambil. Itu bila anda mengguna pakai sistem arus terus. Andai kata arus ulang alik digunakan, input maksimum yang disokong adalah 11kW dan ia mengambil masa 8 jam untuk mengisi penuh baterinya.

Tags: EVvolvoVolvo C40
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Volvo C40 Recharge, EV CKD kedua dilancarkan, harga RM288,888

Volvo C40 Recharge, EV CKD kedua dilancarkan, harga RM288,888

14 December 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER