• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bimbang diintip, Tiktok bakal diharamkan di Amerika Syarikat

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:45 pm
  • 15/12/2022
  • Komen
Bimbang diintip, Tiktok bakal diharamkan di Amerika Syarikat
Share on FacebookShare on Twitter

Tiktok mungkin tidak akan beroperasi di AS tidak lama lagi. Hal ini kerana Senator daripada parti Republikan, Marco Rubio baru-baru ini umumkan rang undang-undang dwipartisan untuk haramkan aplikasi TikTok di sana.

Ianya berlaku berikutan kebimbangan mereka tentang aplikasi itu yang boleh digunakan untuk mengintip rakyat Amerika. Undang-undang itu akan menyekat semua transaksi daripada mana-mana syarikat media sosial di bawah pengaruh China dan Rusia.



Tiktok pernah cuba disekat sebelum ini?

Pada tahun 2020, Presiden Donald Trump pernah cuba menyekat pengguna baharu daripada memuat turun TikTok tapi beliau tewas di mahkamah berhubung tindakan itu. Bukan itu sahaja, Jawatankuasa Pelaburan Asing di Amerika Syarikat (CFIUS) pada 2020 juga pernah mengarahkan ByteDance melepaskan TikTok, kerana bimbang data pengguna A.S. jatuh pada kerajaan komunis China.

Pada perbicaraan bulan lepas, Pengarah FBI, Chris Wray berkata operasi TikTok di AS menimbulkan kebimbangan keselamatan negara. Ini kerana ada risiko kerajaan China boleh memanfaatkan platform itu untuk mempengaruhi pengguna atau mengawal peranti mereka.



Banyak Negara sudah haramkan Tiktok?

Selain AS, banyak Negara lain cuba mengharamkan aplikasi ini di tanah air mereka. India telah menyekat aplikasi ini di sana pada tahun 2020. Kerajaan India berkata keputusan mengharamkan aplikasi itu adalah untuk melindungi data dan privasi 1.3 bilion rakyatnya.

Selain itu, pada 3 Julai 2018, TikTok telah diharamkan buat sementara waktu di Indonesia. Rudiantra, Menteri Komunikasi dan Penerangan Indonesia berkata, aplikasi ini mempunyai banyak kandungan negatif dan berbahaya, terutamanya untuk kanak-kanak. Namun, TikTok segera berjanji untuk meminta 20 kakitangannya menapis kandungan TikTok di Indonesia dan larangan itu ditarik balik lapan hari kemudian.

Di Bangladesh pula, pada 2018, kerajaan mereka menyekat TikTok sebagai sebahagian daripada tindakan keras mereka untuk singkirkan laman pornografi dan perjudian.

Di samping itu, pada Oktober 2020, pengguna TikTok di Armenia melaporkan aplikasi tidak berfungsi. Namun belum disahkan sama ada ini adalah hasil campur tangan kerajaan Armenia sebagai tindak balas kepada penggunaan aplikasi oleh Azerbaijan, untuk sebarkan maklumat palsu sepanjang Konflik Nagorno-Karabakh 2020.

Untuk Azerbaijan pula, pada 27 September 2020 rakyat mereka menyedari ada sekatan media sosial merentas pelbagai platform termasuklah TikTok. Menurut Kementerian Pengangkutan, Komunikasi dan Teknologi Azerbaijan, sekatan ini dikeluarkan dalam usaha untuk mencegah provokasi berskala besar dari Armenia semasa konflik Nagorno-Karabakh.

Pada 20 Julai 2021 di Pakistan, Pihak Berkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA) telah memulakan larangan ke atas TikTok atas sebab kehadiran berterusan kandungan tidak sesuai pada platform itu dan kegagalan mereka untuk keluarkan kandungan tersebut.

Syria juga tidak ketinggalan mengharamkan aplikasi Tiktok atas dakwaan akaun dibuat dengan tujuan menyeludup rakyatnya ke Turki dan lain-lain sempadan. Ini secara tidak langsung membuatkan rakyat Syria dapat keluar ke Eropah, Amerika Utara, negara Timur Tengah dan Negara Asia lain.

Tiktok Malaysia juga lambat bendung video unsur kebencian

Negara lain nampaknya sangat menjaga kandungan yang ditonton rakyatnya di media sosial. Pendapat anda, bagaimana pula situasi di Malaysia?

Selepas PRU15 baru-baru ini, kelihatan Tiktok lambat ambil tindakan membendung kandungan berbaur perkauman dan hasutan yang dikongsikan di sana. Ia termasuklah kandungan yang merujuk kepada peristiwa rusuhan kaum dipanggil Perisitiwa 13 Mei 2022. Menurut mereka, kandungan tersebut kekal di TikTok kerana ia tidak menyebut dengan jelas hasutannya dan bercerita secara samar-samar, bukan secara terus.

Nampak seperti Tiktok Malaysia ambil mudah tentang perkara tersebut. Hal ini boleh datangkan kesan pada ramai pengguna, lebih-lebih lagi golongan remaja yang mudah terpengaruh. Pendapat saya, jika perkara tersebut berlarutan, Malaysia juga wajar menyekat Tiktok. Ini bagi menghalang perkara berunsur kebencian tersebar dalam kalangan pengguna dan mengelakkan pergaduhan.

[Sumber: Reuters]

Tags: TikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Bimbang diintip, Tiktok bakal diharamkan di Amerika Syarikat

Bimbang diintip, Tiktok bakal diharamkan di Amerika Syarikat

15 December 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER