• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tweet dengan pautan Facebook & Instagram akan dibuang?

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:34 pm
  • 19/12/2022
  • Komen
Tweet dengan pautan Facebook & Instagram akan dibuang?
Share on FacebookShare on Twitter

Sekitar pukul 1 pagi hari ini, Twitter ada perkenalkan dasar baharu, iaitu melarang pengguna mempromosi laman web media sosial pesaing di sana. Menurut penjelasan yang dinyatakan di akaun Twitter Support, mereka akan buang akaun yang dibuat semata-mata untuk tujuan mempromosikan platform sosial dan kandungan lain yang mengandungi pautan atau nama pengguna untuk platform Facebook, Instagram, Mastodon, Truth Social, Tribel, Nostr dan Post.

Jadi, pengguna tidak boleh lagi sertakan pautan rangkaian sosial lain dalam biodata Twitter mereka, atau kongsikan tweet yang mengarahkan pengguna membuka akaun mereka di platform lain.



Akaun yang melanggar dasar ini mungkin akan dikunci buat sementara waktu jika ia merupakan kesalahan pertama. Namun, kesalahan seterusnya akan mengakibatkan penggantungan kekal. Malangnya, Tweet tersebut sudah di padam sejak pagi tadi. Ini mungkin kerana ramai pengguna terkejut dan menentangnya.

Beberapa jam selepas Tweet perubahan dasar itu dikongsikan, Elon Musk pula ada menulis tweet berkaitan perubahan polisi. Dinyatakan bahawa, pada masa hadapan akan ada undian untuk perubahan besar polisi. Dia juga meminta maaf dan menyatakan kejadian itu tidak akan berlaku lagi.



Going forward, there will be a vote for major policy changes. My apologies. Won’t happen again.

— Elon Musk (@elonmusk) December 18, 2022

Jika dibandingkan dengan Facebook, pengguna masih boleh kongsikan pautan dari platform pesaing. Agaknya adakah Musk masih akan teruskan polisi tersebut? Langkah ini adalah antara beberapa perubahan mengejutkan yang dilaksanakan Musk sejak membeli Twitter pada hujung Oktober lalu, selain memberhentikan kakitangan Twitter dan mewajibkan melanggan servis Twitter Blue untuk kekalkan tanda biru.

[Sumber: Engadget]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tweet dengan pautan Facebook & Instagram akan dibuang?

Tweet dengan pautan Facebook & Instagram akan dibuang?

19 December 2022
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN